KUANTAN: Seramai 80 penjual ikan di Pasar Besar Kuantan tidak dapat meneruskan perniagaan kerana ketiadaan bekalan ikan susulan penutupan Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuantan pada Rabu lalu.
Rata-rata mereka berdepan situasi itu bermula Ahad lalu dan kini tinggal 20 peniaga sahaja yang masih aktif berniaga dengan menjual ikan sejuk beku.
Ini membuktikan walaupun masih terdapat jeti pendaratan nelayan yang lain, antaranya di Beserah dan Pantai Sepat, namun jumlah bekalan dari jeti terbabit tidak dapat memenuhi keperluan peniaga ikan di Pasar Besar Kuantan.
Peniaga, Zahari Mohd Nor, 59, mengakui berdepan kesukaran untuk mendapat bekalan ikan segar dan terpaksa mencari alternatif lain dengan menjual ikan sejuk beku kepada pelanggan.
“Buat masa ini, kebanyakan peniaga mendapatkan bekalan (ikan sejuk beku) daripada pembekal di Batu 3, Jalan Kuantan-Gambang. Bekalan itu pun tidak banyak dan kalau penutupan Kompleks LKIM disambung lagi selepas ini, memang kami berdepan masalah untuk terus berniaga.
“Sekarang pun kira-kira 80 daripada 100 peniaga ikan di Pasar Besar Kuantan tidak dapat berniaga disebabkan kesukaran mendapatkan bekalan, kalau masalah ini berterusan, susahlah kerana ini adalah sumber pendapatan utama kami,” katanya ketika ditemui Pasar Besar Kuantan pada Isnin.
Zahari yang sudah 30 tahun berniaga ikan berharap pihak LKIM dapat mencari jalan penyelesaian terhadap permasalahan ini bagi mengelak ketiadaan sumber pendapatan.
Seorang lagi peniaga, Mohd Zaki Mat Daud, 53, berharap masalah penularan COVID-19 yang menjadi punca penutupan kompleks LKIM Pahang tidak serius dan sekali gus membenarkan kompleks itu beroperasi semula.
Menurutnya, jika berlaku sebaliknya, penjual ikan di Pasar Besar Kuantan terpaksa pasrah dan reda dengan kehilangan punca pendapatan ini.
“Kalau penutupan kompleks itu disambung lagi selepas seminggu dua ini, memang kami tidak tahu apa nak buat. Saya sendiri pun sudah beberapa tidak dapat berniaga kerana tidak mempunyai sumber untuk memperoleh bekalan.
“Kalau macam peniaga yang ada ‘contact’ dengan pembekal, mungkin mereka tidak ada masalah sangat, mudah nak dapatkan bekalan, tapi harganya memang mahal berbanding kalau kita ambil sendiri dari jeti (Kompleks LKIM Pahang),” ujarnya.
Ghazli Yusof, 61, pula mahu pihak berkuasa membantu mempermudahkan urusan peniaga mendapatkan bekalan dari jeti pendaratan ikan persendirian.
Jelasnya, ini bagi memastikan peniaga dapat meneruskan kelangsungan hidup.
“Kita bukan untung besar dan sekarang memang susah hendak dapatkan bekalan. Kalau boleh berilah kelonggaran sedikit kepada kita untuk membeli ikan dari jeti bukan komersial, jeti nelayan persendirian dan jeti komuniti.
“Bila ada kelonggaran sebegitu sekurang-kurangnya kita sama-sama boleh cari makan, peniaga pun boleh berniaga dan nelayan kecil-kecilan pun boleh cari makan,” katanya.
Sementara itu, seorang pelanggan, Rohana Abu Bakar, 51, mengakui berlaku sedikit kenaikan harga ikan segar berbanding sebelum penutupan Kompleks LKIM Pahang.
Dia yang menetap di Indera Mahkota 1, terpaksa ke Pasar Nelayan Beserah bagi membeli ikan segar.
"Saya terpaksa datang ke sini (Pasar Nelayan Beserah) memandangkan bekalan dan pilihan ikan segar di Pasar Besar Kuantan agak terhad. Tapi harga memang ada naik sikit dan ini ada kaitan dengan kesukaran untuk peniaga mendapatkan bekalan ikan segar.
“Macam harga ikan pelaling, biasanya antara RM12 hingga RM14 sekilogram, tapi hari ini, RM16 sekilogram. Tapi, kita beli jugalah sebab ini saja (pilihan) yang ada,” katanya.
Pada 23 Jun lalu, notis perintah penutupan Kompleks LKIM Kuantan telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dipercayai atas sebab jangkitan COVID-19 di kompleks tersebut.
Artikel asal di Sinar Harian: 80 penjual ikan Pasar Besar Kuantan tutup kedai
Sinar Harian
Tue Jun 29 2021
Tinjauan Sinar Harian pada Isnin mendapati hanya beberapa peniaga yang masih menjalankan aktiviti penjualan ikan di Pasar Besar Kuantan. - Foto Sinar Harian
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Pendapatan penjual ayam segar terjejas teruk
Kekurangan bekalan bahan mentah itu dikatakan berpunca daripada penternak yang tidak menghantar bekalan ayam kepada pembekal dan pemborong.
80 penjual ikan Pasar Besar Kuantan tutup kedai
Kini tinggal 20 peniaga sahaja yang masih aktif berniaga dengan menjual ikan sejuk beku.