awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muhammad Yunus bangkit isu Rohingya dalam pertemuan dengan delegasi Parlimen Turkiye

Bernama
Bernama
04/11/2025
01:40 MYT
Muhammad Yunus bangkit isu Rohingya dalam pertemuan dengan delegasi Parlimen Turkiye
Muhammad Yunus (kanan) dan Yilmaz ketika pertemuan mereka di State Guest House Jamuna, Dhaka, 3 Nov 2025. - Foto X @ChiefAdviserGoB
NEW DELHI: Pemimpin kerajaan sementara Bangladesh, Muhammad Yunus membincangkan krisis kemanusiaan Rohingya dalam pertemuannya dengan delegasi ahli parlimen Turkiye yang sedang melawat Dhaka pada Isnin.

Ringkasan AI
  • Krisis kemanusiaan Rohingya di Bangladesh dibincangkan oleh pemimpin kerajaan sementara, Muhammad Yunus, dengan delegasi ahli parlimen Turkiye yang melawat Dhaka.
  • Bangladesh kini menampung lebih 1.3 juta pelarian Rohingya yang melarikan diri dari kekejaman di Myanmar, hidup dalam keadaan serba kekurangan di kem pelarian di Cox's Bazar.
  • Delegasi parlimen Turkiye melawat kem pelarian Rohingya untuk meninjau kerja-kerja kemanusiaan yang dijalankan oleh agensi Turkiye seperti AFAD, TIKA, Turk Kizilay, dan IHH, serta berusaha meningkatkan kemudahan kesihatan, sekolah, dan penempatan untuk komuniti Rohingya.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
"Krisis yang menimpa komuniti Rohingya merupakan antara tragedi kemanusiaan paling dahsyat pada zaman ini.
"Mereka menderita hanya kerana beragama Islam dan kewarganegaraan mereka telah dilucutkan," kata Yunus kepada delegasi Turkiye, menurut laporan agensi berita Bangladesh Sangbad Sangstha.
Bangladesh kini menampung lebih 1.3 juta pelarian Rohingya yang melarikan diri daripada kempen pembunuhan beramai-ramai dan penindasan di Myanmar.
Mereka hidup dalam keadaan serba kekurangan di kem pelarian di kawasan Cox's Bazar, sementara Myanmar terus dilanda konflik etnik dan pertumpahan darah walaupun pelbagai usaha antarabangsa dilakukan bagi mencari penyelesaian.
Kekejaman terhadap komuniti Rohingya mencetuskan gelombang pelarian besar-besaran dari wilayah Rakhine pada 2017.
"Selepas lapan tahun berada di kem, anak-anak mereka membesar dengan akses yang amat terhad kepada pendidikan dan peluang masa depan -- keadaan ini boleh menimbulkan rasa kecewa serta ketidakstabilan," kata Yunus.
Beliau menegaskan bahawa masyarakat Rohingya telah berdepan ketidakadilan selama beberapa dekad dan dunia tidak boleh melupakan penderitaan mereka.
Delegasi parlimen Turkiye yang diketuai Mehmet Akif Yilmaz pada Ahad melawat kem pelarian Rohingya di Cox's Bazar dan meninjau sendiri kerja-kerja kemanusiaan yang dijalankan oleh pelbagai pertubuhan Turkiye di situ.
Antara agensi yang terlibat membantu pelarian Rohingya ialah Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD), Agensi Kerjasama dan Penyelaras Turkiye (TIKA), Bulan Sabit Merah Turkiye (Turk Kizilay) dan Yayasan Bantuan Kemanusiaan (IHH).
Turkish Parliamentary Delegation Calls on Chief Adviser DHAKA, November 3: A five-member parliamentary delegation led by Mr. Mehmet Akif Ylmaz, Member of the Turkish Parliament and Chairperson of the Türkiye-Bangladesh Parliamentary Friendship Group, called on Chief Adviser pic.twitter.com/GgB05QN4SV
— Chief Adviser of the Government of Bangladesh (@ChiefAdviserGoB) November 3, 2025
Dalam satu hantaran di media sosial pada Isnin, Yilmaz berkata kira-kira 1.2 juta pelarian kini tinggal di kawasan sempit yang kekurangan keperluan asas manusia.
Beliau juga berkata, agensi kemanusiaan Turkiye sedang mempergiat usaha menambah kemudahan kesihatan, sekolah dan penempatan untuk komuniti Rohingya.
-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah yang menyebabkan krisis kemanusiaan Rohingya yang dibincangkan oleh Muhammad Yunus? A: Krisis kemanusiaan Rohingya berpunca daripada komuniti tersebut dianiaya disebabkan agama Islam dan dilucutkan kewarganegaraan mereka.
  • Q: Berapa jumlah pelarian Rohingya yang kini ditempatkan di Bangladesh? A: Bangladesh kini menampung lebih 1.3 juta pelarian Rohingya yang melarikan diri daripada kekejaman di Myanmar.
  • Q: Apakah yang dilakukan delegasi ahli parlimen Turkiye semasa lawatan mereka ke Bangladesh? A: Delegasi ahli parlimen Turkiye, yang diketuai oleh Mehmet Akif Yilmaz, melawat kem pelarian Rohingya di Cox's Bazar dan meninjau kerja-kerja kemanusiaan yang dijalankan oleh agensi Turkiye.

Topic Berkaitan
#Bangladesh
#Rohingya
#Turkiye
#Muhammad Yunus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan