Sebanyak 80 peratus daripada 240 gelandangan yang mendapat perlindungan di Kem Wawasan Gunung Pulai, dekat Kulai, semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan pandemik COVID-19, telah pulang ke pangkuan keluarga masing-masing.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor Zaiton Ismail berkata kejayaan itu adalah hasil pemprofilan yang dibuat oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Johor.
Katanya, ia juga berjaya dilakukan menerusi sesi kaunseling dan psikologi pihak JKM.
Menurutnya, ada juga sesetengah gelandangan yang diserah JKM kepada Polis Diraja Malaysia, Hospital Permai, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Penjara Reman Ulu Choh atas sebab-sebab tertentu.
"Kita telah berjaya mengeluarkan seramai 187 gelandangan dan sehingga hari ini hanya tinggal 61 orang sahaja di kem berkenaan. Rata-rata mereka ini (61 gelandangan) juga didapati mampu untuk bekerja cuma tidak mempunyai rumah dan sebagainya.
"Tetapi kita akan terus berusaha untuk meminimumkan jumlah. Saya harap gelandangan di kem itu akan terus berkurangan dan sekurang-kurangnya kita dapat membantu mereka yang betul-betul tidak mempunyai rumah dan memerlukan bantuan," katanya kepada pemberita selepas Program Kasih Aidilfitri Rai Anak-Anak dan kakitangan di Rumah Kanak-Kanak Mini Ulu Tiram, di sini.
Turut hadir, Pengarah JKM negeri Mohamad Hapil dan Ketua Pegawai Operasi UDA Angsana Sdn Bhd Imran Salleh.
Zaiton bagaimanapun berkata, pihaknya akan terus menyantuni dan mengenal pasti keluarga gelandangan di kem berkenaan.
"Harapan saya juga kepada mereka di luar sana untuk terus membantu golongan gelandangan, kadang-kadang mereka ini hanya dipandang sepi.
"Mereka juga punyai hati dan perasaan, jadi saya minta agar orang ramai membantu dan bukan mengecam, usaha cari jalan keluar kerana mereka bukan satu beban dan masyarakat juga perlu mainkan peranan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 20 2020
Zaiton (tengah) ewaktu Program Kasih Aidilfitri Rai Anak-Anak dan kakitangan di Rumah Kanak-Kanak Mini Ulu Tiram. - Bernama
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
Ramadan: Program PKNS bersama gelandangan pupuk persaudaraan
Program itu bertujuan memupuk semangat persaudaraan dan kepedulian masyarakat.
TTG atasi isu gelandangan di Bintulu siap tahun depan
TTG Bintulu itu satu daripada pusat bagi membantu gelandangan yang diwujudkan di bandar-bandar utama di Sarawak.
Perit bergelandangan, komposer Ross Ariffin rindu lagu diputarkan
Komposer Ross Ariffin akui rindu untuk kembali ke zaman kegemilangan itu selepas hampir empat tahun hidup sebagai gelandangan.
Gelandangan terperangkap dalam longkang diselamatkan bomba
Anggota bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mangsa.
73 maut termasuk tujuh kanak-kanak dalam kebakaran bangunan tinggal di Johannesburg
Bangunan itu adalah bangunan yang telah ditinggalkan tetapi masih diduduki golongan gelandangan.
Sekurang-kurangnya 63 maut dalam kebakaran bangunan di Johannesburg
Mulaudzi berkata angka kematian mungkin meningkat kerana usaha mencari mangsa masih diteruskan.
Gelandangan ditemui mati dalam longkang
Hasil pemeriksaan fizikal pada tubuh mangsa, mendapati tiada sebarang kecederaan yang berunsur jenayah.
'Mahalnya' harga kemiskinan
Status isi rumah di Malaysia diukur menerusi pendapatan dan dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu B40, M40 dan T20.
Pulau Pinang tingkatkan pendayaupayaan golongan gelandangan
Pulau Pinang berhasrat meningkatkan pendayaupayaan golongan gelandangan melalui latihan kemahiran.
'Saya malas, boleh tidur di mana-mana saja'
Warga emas yang ingin dikenali sebagai Samad, 66, berasal dari Pasir Mas itu mengakui tidak minat untuk bekerja atau mendapatkan tempat tinggal.