awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
Gambar, video Zara Qairina bersama pelajar A dalam keadaan ceria dipapar di Mahkamah Koroner
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

80 peratus penduduk dijangka dapat dos lengkap akhir Oktober - PM

Fareez Azman
Fareez Azman
09/08/2021
10:59 MYT
80 peratus penduduk dijangka dapat dos lengkap akhir Oktober - PM
Dijangkakan penduduk dewasa atau 80 peratus penduduk negara ini bakal mendapat dos lengkap suntikan vaksin COVID-19 menjelang akhir Oktober ini. - Foto Facebook/Muhyiddin Yassin
KUALA LUMPUR: Dijangkakan semua penduduk dewasa atau 80 peratus penduduk negara ini bakal mendapat dos lengkap suntikan vaksin COVID-19 menjelang akhir Oktober ini.
Jelas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin beliau telah diberi taklimat oleh Jawatankuasa Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) pada pagi Isnin berhubung perkara itu dan turut dimaklumkan proses vaksinasi berjalan mengikut jadual.
"Menjelang 31 Ogos 2021, lebih 60 peratus penduduk dewasa atau lebih 40 peratus keseluruhan penduduk di negara kita dijangka telah menerima dos lengkap suntikan vaksin.
"Ini pastinya merupakan khabar gembira buat kita semua menjelang sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.
"Menjelang akhir bulan Oktober 2021, dijangkakan 100 peratus penduduk dewasa atau 80 peratus jumlah penduduk keseluruhan akan mendapat dos lengkap suntikan vaksin," jelasnya dalam entri terbaharu di laman Facebooknya hari ini.
Sumber Facebook ts.muhyiddin
Tambahnya, beliau yakin sasaran itu akan dapat dicapai berdasarkan prestasi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang memberangsangkan ketika ini.
"Menurut data terkini yang tersedia baik di negara kita atau negara luar, jumlah kes-kes dalam kategori 4 dan 5 serta kadar kematian akan menurun dengan mendadak apabila kadar vaksinasi telah meningkat.
"Insya-Allah, kita doakan agar negara kita dapat keluar daripada pandemik ini dengan kadar segera," jelasnya lagi.
Topic Berkaitan
#PICK
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#COVID-19
#Muhyiddin Yassin
#pandemik
#Perdana Menteri
#suntikan
#vaksin
#bekalan vaksin
#JKJAV
#rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan