KUALA LUMPUR:Kajian Pusat Penyelidikan EMIR Research pada suku keempat tahun 2020 mendapati 81 peratus daripada responden menunjukkan kebimbangan akan kehilangan pekerjaan akibat pandemik COVID-19.
Menurut kenyataan media dikeluarkan pusat penyelidikan itu pada Isnin, ia merupakan tahap kebimbangan tertinggi berbanding kerisauan terhadap ancaman COVID-19 yang dibawa oleh pendatang asing tanpa izin (PATI), kualiti pendidikan, gaji yang tidak mencukupi masing-masing pada kadar 79 peratus.
"Responden dari kawasan bandar diihat lebih tinggi kebimbangan mereka berbanding kawasan luar bandar.
"Enam perkara yang membimbangkan iaitu kehilangan pekerjaan, gaji tidak mencukupi, ancaman COVID-19 dibawa PATI, peningkatan tahap hutang negara, kesihatan mental dan tekanan perasaan; dan masa menunggu untuk berjumpa doktor," jelas kenyataan itu.
Pecahan mengikut etnik pula, masyarakat Melayu dan Bumiputera serta kaum India menunjukkan tahap kebimbangan tinggi berbanding responden kaum Cina mengenai kualiti pendidikan, kualiti sektor kesihatan dan kesihatan mental.
Dari sudut pendapatan isi rumah pula, responden bergaji RM3,001 sehingga RM5,000 juga menunjukkan tahap kebimbangan tinggi berbanding golongan berpendapatan rendah RM1,500 ke bawah.
Indeks Kebimbangan Nasional (NWI)
Dalam pada itu, kajian Indeks Kebimbangan Nasional (NWI) pada suku keempat tahun 2020 juga menyaksikan penurunan pada paras 0.7603 berbanding 0.7878 pada suku sebelumnya.
"Penurunan mendadak dicatatkan meskipun masih dalam tahap kebimbangan maksimum. Apabila kita mengelompokkan responden mengikut tahap kerisauan mereka menggunakan jalur skala NWI, dan menyusun jadualnya dengan mengharapkan masa depan lebih baik.
"Mereka yang menunjukkan kebimbangan pada tahap minimum dan sederhana kurang bersetuju terhadap cadangan bahawa kehidupan akan lebih baik pada masa depan," jelas kenyataan itu lagi.
Dalam pada itu, penurunan kebimbangan NWI lebih banyak ditunjukkan oleh masyarakat di luar bandar.
Masyarakat Melayu dan Bumiputera serta masyarakat Cina menunjukkan penurunan tahap kebimbangan mereka.
Bagaimanapun masyarakat India menunjukkan tahap kebimbangan yang sama pada suku ketiga tahun 2020.
Kajian turut menunjukkan 58 peratus rakyat pada tahap kebimbangan maksimum bersetuju mereka mengharapkan masa depan lebih baik, manakala 31 peratus tidak pasti dan 11 peratus lagi tidak bersetuju.
Belanjawan 2021
Kajian turut dijalankan mengenai respons rakyat terhadap Belanjawan 2021 yang dibentangkan sebelum ini.
Tujuh isu dibangkitkan kepada responden, 60 peratus responden bersetuju bahawa peruntukan bagi menentang COVID-19 perlu ditingkatkan. Manakala 30 peratus responden tidak pasti dan sembilan peratus tidak bersetuju.
Ia mengatasi 59 peratus responden yang bersetuju bahawa peruntukan terhadap golongan rentan perlu ditingkatkan diikuti 34 peratus tidak pasti dan lapan peratus lagi tidak bersetuju.
Dalam pada itu, mengenai peruntukan dibentangkan dalam Belanjawan 2021, 48 peratus responden bersetuju bahawa Belanjawan 2021 memenuhi keperluan rakyat, 28 peratus tidak pasti dan 24 peratus lagi tidak bersetuju.
Manakala bagi 39 peratus responden bersetuju Belanjawan 2021 digunakan sebagai perkakas politik, 38 peratus tidak pasti dan 22 peratus lagi tidak setuju.
37 peratus responden pula bersetuju bahawa peruntukan tinggi diberikan bagi perkhidmatan tidak perlu, manakala 37 peratus tidak pasti dan 26 peratus lagi tidak bersetuju.
Mengenai defisit Belanjawan pula, 50 peratus responden tidak pasti, 35 peratus responden bersetuju dan 15 peratus lagi tidak bersetuju.
Fareez Azman
Mon Feb 08 2021

Kajian Pusat Penyelidikan EMIR Research pada suku keempat tahun 2020 mendapati 81 peratus daripada responden menunjukkan kebimbangan kehilangan pekerjaan akibat pandemik COVID-19. - Gambar hiasan/BERNAMA

AWANI Ringkas: Datuk Nash cedera kemalangan | Bekalan ayam cukup, tidak perlu keluar permit import
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

10 Berita Pilihan - (20 April 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 20 April 2021.

2 bazar Ramadan di Kepala Batas diberi notis amaran gagal patuh SOP
Dua dua penganjur bazar Ramadan di Kepala Batas, dikenakan notis amaran selepas didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Apple Event 2021: Ini antara produk yang boleh kita jangkakan
Apa agaknya produk baharu yang akan diumumkan Apple dalam acara yang diadakan secara atas talian pada tahun ini?

AWANI Ringkas: Wujud ketidaksamaan dalam pembelian vaksin | PKPD di MTAQ Pulai Chondong
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: COVID-19: 2,341 kes, Sarawak tertinggi | Kompaun: Bukan tindakan menganiaya
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

COVID-19: Lagi daerah hijau di Sabah bertukar jadi zon kuning
Daerah Kuala Penyu bertukar dari zon hijau kepada zon kuning, selepas mencatatkan tiga kes baharu hari ini.
![[INFOGRAFIK] Trend kes harian COVID-19 Malaysia (setakat 20 April 2021) [INFOGRAFIK] Trend kes harian COVID-19 Malaysia (setakat 20 April 2021)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1900773/5949771741618931574856_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Trend kes harian COVID-19 Malaysia (setakat 20 April 2021)
![[INFOGRAFIK] Jumlah Pemberian Dos Vaksin COVID-19 & Pendaftaran (setakat 19 April) [INFOGRAFIK] Jumlah Pemberian Dos Vaksin COVID-19 & Pendaftaran (setakat 19 April)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1900774/5949771751618931510055_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Jumlah Pemberian Dos Vaksin COVID-19 & Pendaftaran (setakat 19 April)

Dua pelajar Malaysia duduki 10 tempat teratas peperiksaan ACCA sesi Mac
Pelajar dari keluarga B40 dan asnaf itu antara 92,000 orang calon dari serata dunia yang menduduki peperiksaan tersebut pada sesi Mac 2021.

RM1.8 bilion diperuntukkan bagi projek tebatan banjir, baik pulih hakisan pantai di Pahang
Peruntukan berkenaan juga bagi tujuan pembinaan kolam takungan, projek empangan selain program ramalan dan amaran banjir.

RM420.8 juta pembiayaan mikro kredit disalur menerusi PENJANA - Tengku Zafrul
Ia termasuk pemohon daripada bidang peruncitan dan perkhidmatan.

Terma wilayah permulaan terbaik untuk kembalikan semangat MA63 - Fadillah
Fadillah Yusof menyifatkan terma wilayah untuk Sarawak dan Sabah sebagai satu permulaan bagi menghidupkan kembali semangat Perjanjian Malaysia (MA63).

PNB tingkat AUM kepada RM322.6 bilion pada 2020 - Zeti
PNB juga terus memberikan pulangan yang kompetitif menerusi pengagihan pendapatan dan bonus berjumlah RM11.1 bilion kepada pemegang unitnya pada TK2020.

PN sebulat suara setuju bantu GPS hadapi Pilihan Raya Negeri Sarawak
Presiden Bersatu merangkap Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempengerusikan mesyuarat MT yang turut dihadiri beberapa ketua-ketua parti komponen.

Jika kawan jangan lawan, amaran Wan Junaidi kepada calon Bersatu di Sarawak
-Tidak perlu hantar calon bertanding di sini (Sarawak) sama ada secara terbuka atau diam-diam. Jika ada calon maksudnya kita tidak sehaluan.

LAKSANA: Negara di fasa kelima Strategi Pemulihan Ekonomi Negara 6R
Fasa ini merangkumi pelaksanaan Belanjawan 2021 bernilai RM322.5 bilion, jumlah terbesar dalam sejarah negara.

Parlimen digantung, isyarat demokrasi Malaysia sudah terkubur
Dalam membicarakan soal demokrasi, isu kemiskinan dalam negara juga harus diberi perhatian, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sesi interaktif INSKEN platform usahawan bersama MEDAC - Wan Junaidi
Datuk Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, usahawan disarankan untuk beralih ke arah ekonomi digital seiring perubahan era globalisasi.