Bermula sebagai 'Brown Water Navy' atau Tentera Laut Persisiran di awal penubuhannya pada 27 April 1934, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kini boleh berbangga apabila sudah dilihat sebagai 'Blue Water Navy' atau Tentera Laut Lepas bertaraf dunia.
Menempuh tempoh evolusi yang panjang dan mencabar lebih lapan dekad lalu juga telah meletakkan cabang agensi pertahanan negara itu kini sebagai barisan hadapan yang berpengalaman terutama dalam memimpin atau mengetuai pasukan tentera laut di rantau ASEAN.
Panglima TLDM Laksamana Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata pencapaian yang dinikmati TLDM hari ini adalah hasil kesungguhan dan komitmen berterusan semua warga agensi itu sejak dahulu.
"TLDM telah mengalami perubahan yang banyak dan sekarang kita telahpun capai ke tahap bertaraf dunia berbanding dahulunya TLDM hanya Tentera Laut Persisiran," katanya dalam temu ramah eksklusif dengan Bernama baru-baru ini, bersempena Sambutan Hari TLDM ke-82 yang akan dirai Rabu ini.
Katanya, pada usia yang akan menginjak 82 tahun, TLDM tidak boleh menoleh kebelakang, sebaliknya perlu terus merangka dan melaksana strategi berkesan bagi mengukuhkan lagi kedudukan dan peranannya terutama dalama menghadapi cabaran pertahanan khususnya di perairan negara yang semakin kompleks.
Tingkat kemahiran
Berkongsi mengenai kesiapsiagaan semasa TLDM bagi mendepani risiko cabaran itu, Ahmad Kamarulzaman berkata anggota pasukan itu sering mengadakan latihan bersama pasukan tentera laut negara luar yang bertujuan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan warga TLDM
Selain itu katanya, kekuatan TLDM kini telah meliputi tiga dimensi di lautan iaitu atas permukaan, permukaan dan bawah permukaan yang pastinya tidak boleh dipandang ringan oleh pihak musuh.
Bagaimanapun, katanya cabaran fiskal yang dihadapi TLDM pada masa ini ekoran pengurangan peruntukan belanjawan kerajaan adalah cabaran dalaman yang terpaksa dihadapi dengan bijak tanpa menjejaskan peranan TLDM.
Katanya, walaupun terkesan dengan ketidaktentuan ekonomi dunia, TLDM tidak boleh menjadikan ia sebagai alasan untuk tidak berperanan sebaik mungkin, apatah lagi apabila melibatkan soal keselamatan dan kedaulatan negara.
Jelasnya, pasukan itu perlu mengimbangi pengurusan kewangan terutama dalam mengawal keselamatan di perairan negara dalam situasi ekonomi tidak menentu.
"Kelembapan ekonomi dunia turut menjejaskan TLDM. Bagaimanapun rakyat dan kerajaan mahu TLDM melaksanakan tugas mengawal perairan negara dengan berkesan dan itu yang kita lakukan," katanya.
Matangkan kepimpinan
Di sebalik cabaran fiskal itu, Ahmad Kamarulzaman menyifatkan ia sebagai satu hikmah kerana ia telah mematangkan lagi tampuk kepimpinan TLDM untuk terus memberi khidmat kepada negara dengan memikirkan altenatif yang kreatif dan inovatif dan memastikan TLDM tidak terjejas dengan cabaran fiskal itu.
Katanya, TLDM telah mengguna pakai pendekatan luar biasa dengan objektif untuk menghasilkan impak luar biasa iaitu dengan melaksanakan Program Transformasi 15-to-5 Armada TLDM, iaitu program penyusunan semula armadanya daripada 15 kelas kapal kepada hanya lima kelas kapal.
Ahmad Kamarulzaman berkata penyusunan semula kapal-kapal yang sedia ada kepada kelas yang lebih kecil membolehkan TLDM melakukan penjimatan untuk kos pengoperasian kapal.
"Jika dahulu kita mempunyai 15 jenis kapal dari tujuh negara dan purata usia kapal ini adalah 30 tahun. Apabila dikaji kos untuk mengurus kesemua kapal ini amat tinggi.
"Oleh itu, kita kurangkan kepada lima kelas kapal sahaja iaitu kapal tempur pesisir pantai (LCS), kapal ronda generasi baharu (NGPV), kapal tugas khas pesisir pantai (LMS), kapal sokongan pelbagai peranan (MRSS) dan kapal selam ," katanya.
Menurutnya, pendekatan yang diterapkan TLDM itu mendapat perhatian daripada negara luar yang turut berminat untuk mengetahui kaedah itu dan bercadang melaksanakannya ekoran turut terkesan dengan ketidaktentuan ekonomi global.
Modal insan
Dalam pada itu, pemerkasaan modal insan di kalangan anggota TLDM atau 'The Navy People' turut diberikan tumpuan khusus bagi memastikan setiap anggota memiliki jati diri yang kukuh dan berintegriti.
Ahmad Kamarulzaman berkata konsep 'Navy People' mewujudkan semangat kekitaan dan rasa bangga terhadap perkhidmatan yang disanjungi, secara tidak langsung mempertahankan matlamat kewujudan TLDM dalam menentukan anggotanya sentiasa bersemangat dan bermotivasi.
Beliau berkata TLDM yang kini mempunyai 17,044 pegawai dan anggota turut bercadang menambah bilangan itu terutama daripada kalangan bukan Bumiputera dan usaha merekrut sedang dilaksanakan.
"Malah, kita juga mewujudkan strategi dan inisiatif tambahan mengoptimumkan media sosial serta mendapatkan bantuan badan bukan kerajaan untuk menarik minat bangsa lain menyertai TLDM,"katanya.
Sambutan Hari TLDM 2016 bertemakan 'TLDM Siap Siaga, Perairan Terpelihara' yang akan disambut pada Rabu ini di semua Pangkalan TLDM, pastinya akan menginjak pasukan itu ke dimensi baharu dalam mengharungi liku-liku hari ini untuk terus membela samudera pada masa akan datang.
Bernama
Mon Apr 25 2016

AHMAD KAMARULZAMAN: TLDM tidak boleh menoleh kebelakang, sebaliknya perlu terus merangka dan melaksana strategi berkesan bagi mengukuhkan lagi kedudukan. - Foto Bernama

SKMM sasar capaian internet 100 peratus di Sabah
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Sabah sasar capaian internet di Sabah capai 100 peratus

Agong berkenan rasmi Masjid Al-Sultan Abdullah
Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan Masjid Al-Sultan Abdullah di Kampung Sungai Bedaun, Labuan.

JIM Sabah tumpas sindiket pemalsuan dokumen permit
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah tumpaskan sindiket pemalsuan dokumen permit masuk menerusi dua operasi berasingan di daerah Kota Kinabalu.

47 penduduk Kampung Tawau Lama tinggal sehelai sepinggang
Itu nasib yang menimpa hampir 50 mangsa kebakaran melibatkan sepuluh ketua isi rumah yang tinggal sehelai sepinggang selepas tiga buah rumah kediaman mereka musnah dalam satu kebakaran di Kampung Tawau Lama, Tawau Sabah.

KPWK akan bekerjasama dengan UNICEF
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) akan bekerjasama dengan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dalam meneliti garis ukur kemiskinan kanak-kanak sekaligus mengukuhkan sistem pembelajaran pra sekolah di Sarawak.

Kongsi rezeki, pemuda jual nasi lemak RM1
Peniaga jual Nasi Lemak RM1 sebagai semangat berkongsi rezeki dengan pelanggannya sempena Ramadan.

Pengurusan tanah perkuburan diseragamkan
Kerajaan Sarawak menambah keluasan tanah perkuburan islam semariang dan membangunkan beberapa tanah perkuburan di Kuching bagi menampung jumlah jenazah yang dirangka sehingga tahun 2050. Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pengurusan tanah perkuburan tersebut juga diseragamkan dengan pendigitalan simpanan data agar lebih sistematik dan memudahkan urusan keluarga jenazah.

Titik berat soal kebersihan apabila pilih lokasi bazar
Selain pilihan juadah dan harga berpatutan, Pengunjung Bazar Lintasan Deasoka, Kota Kinabalu turut pentingkan kebersihan sesebuah bazar.

Lelaki maut gantung diri di Flat Cheras
Seorang lelaki ditemui dalam keadaan tergantung sebelum disahkan meninggal dunia di ruang tamu sebuah rumah di flat perumahan di Cheras pada malam Khamis.

Kebanyakan kontrak kerajaan diraih menerusi tender terbuka - Datasonic
Datasonic Group Bhd berkata kebanyakan daripada sembilan kontrak yang diperoleh daripada kerajaan berjumlah RM1.1 bilion dimenangi melalui tender terbuka.

Isu LCS: Pelancaran, penamaan kapal belum siap adalah tradisi TLDM - Ahmad Kamarulzaman
Ahmad Kamarulzaman berkata, penting untuk fakta sebenar didedahkan supaya orang awam tidak terus terkeliru dengan tindakan populis dan politiking.

'Syabas kepada semua' - Panglima TLDM puas hati dengan Paskal the Movie
Beliau juga berbangga filem itu telah menembusi pasaran luar negara bermula dengan Singapura dan bakal ditayangkan di beberapa buah negara termasuk Brunei, Turki dan juga China.

Jenazah bekas Timbalan Panglima TLDM selamat dikebumikan
Lebih 300 orang termasuk anggota keluarga dan pegawai TLDM menghadiri pengebumian itu yang dilakukan mengikut istiadat pengebumian pegawai kanan TLDM.

Penglibatan TLDM dalam Rimpac 2018 di Hawaii bukan pembaziran
Penyertaan kali pertama kapal KD Lekiu itu mampu menguji ketahanan dan kesiapsiagaan aset pasukannya pada eksesais maritim terbesar anjuran Tentera Laut Amerika Syarikat di Hawaii sejak 1971.

Panglima TLDM kesal kenyataan diputar belit untuk kepentingan politik pihak tertentu
Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman sifatkan pihak terlibat mengambil kesempatan akibat terdesak hingga sanggup memutar belit kenyataannya.

TLDM hantar empat kapal bantu APMM operasi menyelamat 10 kelasi hilang
Tentera Laut Diraja Malaysia menghantar empat kapal bagi membantu kapal-kapal Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia dalam operasi mencari dan menyelamat 10 kelasi USS John S. McCain.

Kapal LMS yang dibeli dari China berkualiti tinggi - TLDM
Tentera Laut Diraja Malaysia TLDM bakal menerima secara berperingkat kapal misi pesisir, Littoral Mission Ship (LMS) mulai 2019.

Rondaan tiga negara Laut Sulu mampu cegah jenayah rentas sempadan - TLDM
Rondaan Maritim Tiga Pihak (TMP) di perairan Laut Sulu dilihat mampu mengekang kegiatan jenayah rentas sempadan di kawasan perairan ketiga-tiga negara.

10 anggota TLDM diberhentikan perkhidmatan akibat dadah - Panglima TLDM
Sebanyak 10 anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berpangkat rendah diberhentikan daripada perkhidmatan selepas didapati terlibat dengan penyalahgunaan dadah pada tahun lepas.

Armada TLDM dipecahkan kepada pemerintahan Armada Barat dan Timur - Panglima TLDM
Armada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kini dipecahkan kepada dua iaitu pemerintahan Armada Barat dan Armada Timur untuk memberi tumpuan dan perhatian yang tinggi kepada keselamatan.