awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

83 daripada 244 ubat naik harga - Dr Hilmi

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
31/10/2017
08:42 MYT
83 daripada 244 ubat naik harga - Dr Hilmi
Kementerian juga mewujudkan pangkalan data untuk rujukan pengguna bagi sebahagian jenis ubat menerusi Bahagian Farmasi. - Gambar hiasan
Kerajaan telah mengambil beberapa inisitif bagi mengawal dan memantau aliran peningkatan harga ubat-ubatan dalam perkhidmatan perubatan sektor swasta.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, berkata pihaknya telah menjalankan kajian pemantauan harga ubat di pasaran selain mengenalpasti aliran jualan ubat serta mengambil tindakan sewajarnya jika ada aduan kenaikan harga secara mendadak.
"Kami membuat kajian sampel terhadap 244 jenis ubat-ubatan dan kami mendapati 83 daripadanya mengalami aliran peningkatan harga.
"Sebanyak 131 jenis ubat pula menunjukkan penurunan harga, manakala harga 31 lagi ubat kekal," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan G Manivannan (PKR-Kapar) yang meminta kementerian menyatakan mekanisme yang digunapakai oleh Kerajaan Persekutuan untuk mengawal harga ubat di Malaysia.
Tambah Dr Hilmi, kajian sampel itu dibuat menerusi perkongsian bilangan maklumat harga ubat-ubatan sedia ada dalam senarai harga panduan pengguna.
Katanya, kementerian juga mewujudkan pangkalan data untuk rujukan pengguna bagi sebahagian jenis ubat menerusi Bahagian Farmasi.
Malah, beliau turut mengakui wujud pembaziran ubat oleh pengguna, menyebabkan kementerian terpaksa mengehadkan bekalan hanya untuk tempoh sebulan berbanding tiga hingga enam bulan sebelum ini.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Dr Hilmi Yahaya
#kerajaan
#kesihatan
#Malaysia
#menteri
#perubatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan