awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keganasan tercetus dalam protes anti-ICE berhampiran Perkampungan Olimpik di Milan
Hasutan di media sosial: Tiga lelaki India ditahan - Polis KL
Malaysia-India kukuhkan hubungan dua hala dengan pemeteraian 11 dokumen kerjasama utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

83 notis saman dikeluarkan dalam Op Selamat

Bernama
Bernama
03/02/2019
01:55 MYT
83 notis saman dikeluarkan dalam Op Selamat
33 notis saman dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan dan lima notis melibatkan lesen memandu. - Foto fail
Sebanyak 83 notis saman dikeluarkan kepada pemandu dan kenderaan atas pelbagai kesalahan dalam operasi bas ekspres sempena Op Selamat ke-14 yang dijalankan di Jalan Tuaran, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik kontinjen Sabah DSP Parum Niot berkata saman itu dikeluarkan hasil pemeriksaan ke atas 146 kenderaan termasuk 27 bas ekspres.
"Kesalahan melibatkan lampu brek ketiga merekodkan notis saman yang paling banyak dikeluarkan iaitu sebanyak 35 notis," katanya kepada pemberita selepas operasi yang berlangsung selama lebih dua jam bermula pada 7.30 malam.
Parum berkata sebanyak 33 notis saman dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan dan lima notis melibatkan lesen memandu.
Beliau berkata 11 notis saman turut dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) termasuk lima notis kenderaan yang diarah untuk diperiksa.
"Ujian urin juga turut dijalankan terhadap pemandu bas pertama dan kedua, bagaimanapun keputusan urin mereka negatif," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bas ekspres
#Jalan Tuaran
#kenderaan
#notis
#Op Selamat
#Parum Niot
#pemandu
#saman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan