TAWAU: Sebanyak 85 kes Acute Gastroenteritis (AGE) dilaporkan berlaku di Mukim Sri Tanjong di sini dalam tempoh enam hari sehingga 1 Okt lepas, kata Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr Rose Nani Mudin.
Beliau berkata Pejabat Kesihatan Kawasan (PPK) Tawau menerima notifikasi AGE pada 26 Sept daripada dua klinik swasta membabitkan 22 kes menunjukkan gejala muntah, cirit-birit serta sakit perut dan kesemua dirawat sebagai pesakit luar.
"Siasatan awal PPK Tawau menunjukkan kes-kes tinggal di taman perumahan berbeza, setelah itu siasatan lengkap terhadap kes serta persekitaran termasuk kilang ais telah dijalankan.
"PPK juga telah menjalankan ujian makmal sampel najis, air, serta ais untuk mengenal pasti punca jangkitan. Sebanyak 19 sampel najis kes bergejala telah diuji dan didapati negatif kehadiran mikroorganisma, manakala siasatan di lapangan kilang ais adalah di tahap memuaskan," katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.
AGE adalah sejenis penyakit bawaan air yang sering dikaitkan dengan paip air tercemar dengan gejalanya termasuklah muntah, cirit-birit, demam dan kekejangan perut.
Dr Rose Nani berkata pihaknya masih menunggu keputusan ujian kimia bagi sampel air yang diambil.
"Situasi kejadian kes adalah terkawal dan tiada kes baharu dilaporkan dari kawasan terlibat sejak 2 Okt lepas, selain itu pemantauan PPK Tawau pada hari ini di kawasan perumahan terlibat mendapati keadaan air adalah jernih.
"Persampelan air di beberapa rumah juga didapati tiada pelanggaran parameter kekeruhan, klorin, pH dan suhu," katanya.
Sementara itu, beliau berkata Jabatan Kesihatan Negeri sentiasa memantau kejadian AGE melalui survelan AGE di semua fasiliti kesihatan.
Beliau turut menasihati orang ramai agar mengamalkan konsep lihat, hidu dan rasa sebelum makan atau minum.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 05 2022

AGE adalah sejenis penyakit bawaan air yang sering dikaitkan dengan paip air tercemar dengan gejalanya termasuklah muntah, cirit-birit, demam dan kekejangan perut. - Gambar hiasan

COP28 bertindak untuk menyokong pihak yang ‘rapuh’ kerana perubahan iklim
Persidangan Perubahan Iklim PBB (COP28) hari ini secara rasmi mendukung Deklarasi mengenai Iklim, Bantuan, Pemulih dan Keamanan di hari keempat pengajarannya.

Pelancong Jerman maut ditikam berhampiran Menara Eiffel di Paris
Seorang pelancong Jerman maut manakala dua lagi cedera dalam serangan berhampiran Menara Eiffel di ibu negara Perancis pada Sabtu malam.

KPKT akan bantu Johor selesai isu penempatan semula 10,301 rumah setinggan
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan membantu menyelesaikan isu penempatan semula 10,301 unit rumah setinggan, di Johor.
Siapa akan berentap di pentas akhir?
Minggu yang cukup mendebarkan bagi semua peminat program hiburan All Star Gegar Vaganza. Siapa yang akan berentap di pentas akhir yang bakal diadakan di Axiata Arena Bukit Jalil minggu hadapan?

Malaysia terima 26 juta pelancong setakat November - MOTAC
Sebanyak 26 juta pelancong telah direkodkan memasuki negara dari tempoh 1 Jan hingga 15 Nov lepas, berdasarkan statistik terkini dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.
Tempuh 750 batu nautika demi Eksesais Maritim Perkasa Barat 2023
Kapal Maritim (KM) Nusa antara 14 kapal yang mengharungi perjalanan sejauh 750 batu nautika yang bermula.
COP28: Alam punah, kesihatan manusia parah
Editor Astro AWANI, Dzulfitri Yusop membawa perkembangan hari ketiag Persidangan COP28 di Dubai yang menjadikan sektor kesihatan sebagai tumpuan perbincangan. Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa turut ditanyakan mengenai hubung kait perubahan iklim dan juga kesihatan manusia.

Polis rampas lebih 7 kilogram pil yaba
Polis merampas lebih tujuh kilogram (kg) pil Yaba bernilai RM385,330 menerusi dua serbuan berasingan di sekitar Jerteh, Besut, pada Rabu lepas.
[TERKINI] Bekas menteri Chua Jui Meng meninggal dunia pada usia 80 tahun
Bekas Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meng meninggal dunia hari ini pada usia 80 tahun.
AWANI Global: Menjayakan diplomasi Timur-Barat
Analisis mengenai polisi dan diplomasi serta hubungan strategik Malaysia setahun di bawah Kerajaan Perpaduan. Apakah cabaran diplomasi dan dasar luar Malaysia mengimbangi kuasa besar di Timur dan Barat dalam konflik geopolitik masa kini. Diskusi AWANI Global malam ini.

Keputusan rayuan Abdul Azeez ditangguh ke 5 Sept
Mahkamah diberitahu bekas Pengerusi Tabung Haji itu dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) jam 3 pagi tadi akibat acute gastroenteritis.