awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suruhanjaya Eropah berikan 40,000 tiket kereta api percuma kepada belia
Setitis sumbangan, sejuta harapan: Rumah kebajikan di Rawang bakal dijual, kanak-kanak rayu bantuan
Peguam Nick Reiner tarik diri daripada kes bunuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

87.2 peratus populasi dewasa divaksinasi sepenuhnya

Bernama
Bernama
03/10/2021
03:49 MYT
87.2 peratus populasi dewasa divaksinasi sepenuhnya
Hanya tinggal kira-kira 2.8 peratus lagi untuk negara mencapai 90 peratus vaksinasi dewasa. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sebanyak 20,418,495 individu atau 87.2 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah selesai menjalani suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam, kira-kira 2.8 peratus lagi untuk mencapai 90 peratus vaksinasi dewasa.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan di portal COVIDNOW, 94.3 peratus atau 22,070,545 individu daripada populasi dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin manakala tiga peratus atau 92,949 remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah selesai divaksinasi.
Sejumlah 211,517 dos telah diberikan semalam dengan 89,695 melibatkan dos pertama manakala 121,822 dos kedua, menjadikan jumlah pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah sebanyak 44,145,505 dos.
PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.
Sementara itu, 109 kes kematian akibat COVID-19 dilaporkan semalam dengan 33 daripada jumlah itu membabitkan kematian dilaporkan berlaku di luar hospital (BID) menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kini 26,565. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#suntikan vaksinasi
#populasi dewasa
#Kementerian Kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan