awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia teruskan peningkatan dipacu belian saham murah
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

88 keluarga di zon bahaya diarah pindah

Astro Awani
Astro Awani
30/12/2012
01:18 MYT
88 keluarga di zon bahaya diarah pindah
Sejumlah 88 keluarga diarah berpindah berikutan pergerakan tanah yang masih dikesan di kawasan Bukit Setiawangsa selepas kejadian tanah runtuh pada Jumaat.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Supritenden, Othman Abu Bakar berkata polis telah mengarahkan kesemua 30 pemilik rumah banglo, 18 pemilik rumah kedai dan 58 pemilik rumah teres dua tingkat berpindah untuk tujuan keselamatan.
Antara kawasan yang diisytihar sebagai zon bahaya ialah jalan berhadapan tanah runtuh iaitu jalan Bukit Setiawangsa dan jalan Puncak Setiawangsa 2.
Dalam pada itu, balai polis bergerak akan ditempatkan di kawasan berkenaan untuk mengawal keselamatan rumah.
Penghuni juga mendapat wang ihsan sebanyak 1500 ringgit bagi setiap keluarga daripada pihak pemaju untuk tujuan berpindah.
Sementara itu, jalan menuju ke Puncak Setiawangsa telah ditutup atas faktor keselamatan.
Topic Berkaitan
#ahmad phesal
#berpindah
#cerun
#DBKL
#IKRAM
#polis
#Puncak Setiawangsa
#Sentul
#tanah runtuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan