PUTRAJAYA:Polis telah menahan 89 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Khamis, 1 Oktober 2020.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, daripada jumlah itu, seramai 77 individu telah dikompaun manakala 12 direman.

Berikut lima fokus utama dalam kenyataan media beliau pada Jumaat, 2 Oktober 2020.

1. Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 53,691 pemeriksaan semalam (1 Oktober 2020).

2. PDRM telah menahan 89 individu atas kesalahan ingkar arahan PKP. Daripada jumlah itu, seramai 77 individu telah dikompaun manakala 12 direman.

3. Antara kesalahan termasuk tidak memakai pelitup muka, penjarakan fizikal, gagal menyediakan peralatan/rekod butiran diri, langgar perintah PKPDB, aktiviti dalam pub/kelab malam, dan premis beroperasi tanpa lesen.

4. Operasi Benteng telah berjaya melakukan tangkapan yang melibatkan 22 PATI dan 2 tekong. Turut berjaya dirampas 1 bot dan 9 kenderaan darat.

5. Sejak 24 Julai sehingga 1 Oktober 2020, seramai 38,843 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa, ditempatkan di 65 Hotel dan 10 premis lain.