Seramai 9,000 kakitangan tetap dan sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah ditugaskan sejak penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergarakan (PKP) sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Ketua Pesuruhjaya APM Datuk Roslan Wahab berkata ia melibatkan penugasan sekatan jalan raya, pemantauan prosedur operasi standard (SOP) dan penugasan melibatkan penghantaran dan pengangkutan.
"Penglibatan bukan sahaja sukarelawan biasa sahaja malah turut melibatkan sukarelawan daripada lantikan pegawai-pegawai kehormat bersekutu ini yang merupakan dari kalangan pensyarah, guru, ahli korporat, artis tempatan.
"Mereka juga dilihat menunjukkan semangat yang tinggi sepanjang perkhidmatan, daripada kakitangan tetap mahupun sukarelawan, semua sama-sama berganding bahu untuk menangani COVID-19," katanya kepada pemberita selepas Majlis Malam Santai Bersama Media di sini, pada Isnin.
Turut hadir, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM Norhafifi Ismail dan Pengarah APM Negeri Sembilan Leftenan Kolonel (PA) Fazlisyah Muslim.
Beliau juga berkata di samping itu APM juga turut terlibat dalam Op Benteng sejak PKPP dilaksanakan bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan antara peranan yang dimainkan ialah mengangkut warga asing yang ditahan, dari perairan ke pantai dengan bot.
Terdahulu dalam ucapannya, Roslan menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada media dalam menyalurkan maklumat kepada orang ramai mengenai APM.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 20 2020
Kakitangan dan sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia menunjukkan semangat yang tinggi sepanjang perkhidmatan dalam berganding bahu untuk menangani COVID-19. - Gambar hiasan
Pemandu bas ekspres buat 'live' TikTok kena saman
Mereka dikesan melakukan kesalahan itu dalam Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) bermula 1 hingga 20 April lepas.
Nahas helikopter Lumut: DUN Sabah bertafakur seminit hormati mangsa
Ucapan takziah itu disampaikan Timbalan Speaker DUN Sabah, Datuk Al Hambra Tun Juhar sebelum memulakan sesi soal jawab pada sidang DUN.
Nahas helikopter Lumut: Pas puji tindakan pantas Menteri Pertahanan
PAS memuji tindakan pantas Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam mengendalikan tragedi dua helikopter terhempas yang mengorbankan 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysi
Suspek kes tembak di KLIA berdepan tujuh pertuduhan
Hafizul Hhawari mohon dibicarakan terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.
Warga emas hidup 'berteman' lebih 2 tan sampah
Sudah menjadi tabiat lelaki ini yang hidup sebatang kara mengumpul sampah di dalam dan luar rumahnya tetapi bukan untuk dijual.
Nahas helikopter Lumut: Lori bawa 10 keranda tiba di Jabatan Forensik HRPB
Kesemua 10 jenazah akan dibawa ke Batalion 23 Rejimen Askar Melayu Diraja, Ipoh bagi istiadat rasmi sebaik proses bedah siasat selesai.
Piala Asia B-23: "Saya bermain dengan teruk dalam setiap perlawanan" - Mukhairi Ajmal
Ketua pasukan Harimau Muda kecewa dengan prestasi sendiri sepanjang Piala Asia B-23.
Niaga AWANI: KL20: MyDIGITAL tingkat daya saing ekosistem startup
Ketua Pegawai Eksekutif, MyDIGITAL, Fabian Bigar berkongsi pandangan beliau berkenaan pembangunan ekosistem startup di Malaysia dan peranan MyDIGITAL dalam usaha tersebut seiring penganjuran KL20 baru-baru ini.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Mansuhkan undang-undang yang menindas hak asasi
Hakisan ruang sivik di Malaysia seperti yang dilaporkan dan tindakan keras yang diambil terhadap kebebasan asasi menuntut tindakan segera daripada kerajaan.
Niaga AWANI: Strategi pelaburan graduan muda di sebalik tekanan inflasi
Pensyarah Kanan, Sekolah Perniagaan Dan Ekonomi, UPM, Dr. Lau Wei Theng berkongsi tentang bagaimana graduan di Malaysia boleh meningkatkan literasi pelaburan di sebalik prospek ekonomi yang tidak menentu.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
APM selamatkan kanak-kanak terperangkap dalam kereta di Bukit Bintang
Dalam kejadian itu, bapa kepada kanak-kanak berkenaan baru selesai menukar lampin pakai buang anaknya itu sebelum menutup pintu kereta.
Op Prihatin: 144 pegawai, anggota APM ronda seluruh Perak
Sebanyak 144 pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) digerakkan bagi melakukan rondaan di lokasi panas seluruh Perak menerusi Op Prihatin.
APM perlu tingkat ketahanan nasional demi kesejahteraan rakyat - TPM
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) perlu bergerak ke hadapan dalam meningkatkan ketahanan nasional demi keamanan dan kesejahteraan seluruh rakyat negara ini.
Cuaca panas: Penduduk Sik diminta waspada reptilia berbisa
Penduduk di daerah Sik diingatkan supaya sentiasa berwaspada dengan kehadiran reptilia berbisa di kawasan persekitaran rumah masing-masing susulan cuaca panas ketika ini.
APM sasar satu platun CDA-ERT di setiap cawangan LPP menjelang akhir tahun 2024
Ia seiring kehendak kerajaan untuk merekrut penjawat awam sebagai anggota CDA-ERT bagi menjadi responden pertama mendepani sebarang bencana.
'King Cobra' 20 kilogram berehat bawah almari dapur berjaya ditangkap
Seekor ular tedung selar dengan berat 20 kilogram sedang 'berehat' sambil melepaskan dengusan yang kuat.
Biawak tersekat dalam lubang tandas pasar raya
Kepala biawak seberat empat kilogram tersumbat dalam sebuah lubang tandas lelaki.
APM kenal pasti 6,000 hotspot banjir seluruh negara
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah mengenal pasti kira-kira 6,000 'hotspot' banjir di seluruh negara sepanjang Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula bulan ini hingga Mac depan.
Lebih 13,000 anggota APM sedia digerakkan hadapi banjir
APM bersedia menggerakkan lebih 13,000 anggotanya dalam tempoh 24 jam ke seluruh negara bagi menghadapi banjir susulan Monsun Timur Laut.
APM sasar latih 330,000 orang awam ilmu asas pertahanan awam setahun
Tahun ini APM telah melatih 240,000 orang awam yang terdiri daripada golongan pelajar serta kakitangan agensi kerajaan.