awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

9 hari hilang, mayat ditemui dalam longkang bersama motosikal

Sinar Harian
Sinar Harian
01/08/2023
07:26 MYT
9 hari hilang, mayat ditemui dalam longkang bersama motosikal
Mangsa dilaporkan hilang sejak sembilan hari lalu akhirnya ditemui mayatnya di dalam longkang di Jalan Kota Kinabalu-Papar berhampiran Kem Lok Kawi di sini pada Selasa. - Foto Sinar Harian
PUTATAN: Pembantu bot yang dilaporkan hilang sejak sembilan hari lalu akhirnya ditemui mayatnya di dalam longkang di Jalan Kota Kinabalu-Papar berhampiran Kem Lok Kawi di sini pada Selasa.
Mayat Sefuan Taha, 33, ditemukan bersama motosikal miliknya oleh seorang pemotong rumput yang melakukan kerja pembersihan di kawasan itu kira-kira jam 8 pagi.
Pemangku Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintenden Sammy Newton berkata, pihaknya menerima laporan penemuan mayat terbabit daripada orang awam pada jam 8.30 pagi.
"Hasil siasatan awal di lokasi kejadian kemalangan dipercayai berpunca daripada motosikal yang ditunggang mangsa datang dari arah Kota Kinabalu menghala ke Papar telah hilang kawalan.
"Motosikal mangsa kemudian terbabas sebelum masuk ke sebelah kiri longkang dan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian. Mayatnya kemudian ditemukan oleh seorang pekerja pembersihan di kawasan berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Katanya lagi, sebelum ini ahli keluarga telah pun melaporkan kehilangan mangsa yang tidak pulang ke rumahnya.
"Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) untuk dibedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Saksi kejadian kes ini diminta tampil untuk memberikan maklumat segera di balai berdekatan dan orang ramai juga diminta tidak menyebarkan gambar mangsa di lokasi kejadian dan fakta yang tidak sahih bagi menjaga sensitiviti keluarga," katanya.
Sinar Harian pada Ahad lalu melaporkan mangsa yang bekerja sebagai pembantu bot Jeti Sutera Harbour Kota Kinabalu tidak dapat dihubungi dan tidak pulang ke rumahnya sejak 23 Julai lalu.
Usaha mengesan mencari dan mengesan mangsa giat dilakukan oleh pihak polis, ahli keluarga dan juga rakan sekerja mangsa. -- Foto Sinar Harian
Topic Berkaitan
#mayat ditemui dalam longkang
#pembantu bot
#Putatatan
#motosikal terbabas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan