KUALA LUMPUR: Sebanyak sembilan kluster baharu COVID-19 telah dikenal pasti hari ini membabitkan Sarawak, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Sabah,  Melaka dan Johor.

Berikut adalah perincian kluster tersebut.

Kluster Jalan Puncak Borneo

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuching di Sarawak. Kluster ini melibatkan pelatih-pelatih sebuah pusat latihan yang terletak di Jalan Puncak Borneo, Kuching.

Kes positif: 61

Kluster Jalan Raja Laut

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai, Cheras, Kepong dan Titiwangsa di Kuala Lumpur. Kluster ini melibatkan sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di Jalan Raja Laut, Lembah Pantai.

Kes positif: 20

Kluster Jalan Hishamuddin

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Kuala Lumpur. Kluster ini melibatkan sebuah syarikat pengangkutan yang terletak di Jalan Sultan Hishamuddin, Tasik Perdana, Lembah Pantai.

Kes positif: 9

Kluster Lebuh Wawasan

Kluster tempat kerja ini melibatkan Putrajaya, daerah Lembah Pantai di Kuala Lumpur dan Seremban di Negeri Sembilan. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak di Lebuh Wawasan, Presint 7, Putrajaya.

Kes positif: 11

Kluster Tabanak

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Lahad Datu di Sabah. Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan di mana kes-kes dilaporkan berlaku iaitu Kampung Tabanak, Lahad Datu.

Kes positif: 15

Kluster Kampung Gayang

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Tuaran di Sabah. Kluster ini melibatkan sebuah majlis sosial yang diadakan pada 28 Mac 2021 di Kampung Gayang, Tuaran.

Kes positif: 23

Kluster Taman Malim Jaya

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Melaka Tengah dan Jasin di Melaka. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Taman Malim Jaya, Melaka.

Kes positif: 13

Kluster Jalan Bukit Belida

Kluster keagamaan ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kluster ini melibatkan sebuah pusat keagamaan yang terletak di Jalan Bukit Belida 1, Seremban.

Kes positif: 15

Kluster Jalan Salleh

Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Muar di Johor.

Kes positif: 23