ISKANDAR PUTERI: Sembilan puluh peratus populasi dewasa di Johor dijangka melengkapkan dua dos suntikan vaksin menjelang akhir September, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin.
Beliau yakin sasaran itu dapat dicapai dengan pertambahan bekalan vaksin bermula bulan ini di samping pembukaan beberapa pusat pemberian vaksin (PPV) baharu di negeri ini.
"Dengan pembukaan PPV baharu, kapasiti suntikan vaksin di Johor yang kini 71,000 dos sehari melibatkan 259 PPV, dijangka meningkat kepada 90,000 dos sehari bulan depan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat tapak PPV Iskandar Malaysia Studios, di sini, hari ini.
Cadangan PPV baharu termasuk PPV Iskandar Malaysia Studios yang akan mempunyai kapasiti pemberian vaksin sebanyak 7,000 dos sehari.
Selain itu, Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, berkata cadangan lain ialah mewujudkan PPV pandu lalu di Arena Larkin untuk orang kurang upaya (OKU) dan warga emas.
"Itu di peringkat cadangan, Senator Datuk Ras Adiba Mohd Radzi telah membuat lawatan untuk melihat tempat berkenaan dan beliau berpendapat kawasan tu sesuai untuk tujuan itu. Yang pasti, saya nak buka satu PPV pandu lalu OKU di Johor," katanya.
Terdahulu, Khairy menghadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bagi membentangkan jadual penghantaran vaksin ke negeri ini.
Astro Awani
Sun Aug 08 2021
Khairy yakin sasaran itu dapat dicapai dengan pertambahan bekalan vaksin bermula bulan ini di samping pembukaan beberapa pusat pemberian vaksin (PPV) baharu di Johor. - Gambar fail
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
Jumaat pertama 2025 Johor cuti atau bekerja ditetapkan minggu depan - Exco
Keputusan sama ada Jumaat pertama 2025 diisytihar cuti atau hari bekerja akan ditetapkan minggu hadapan, susulan perubahan cuti hujung minggu di Johor kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Jan.
Johor sah penganjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini mengesahkan Johor akan menganjurkan Sukan SEA 2027 bersama-sama Kuala Lumpur, Sarawak dan Pulau Pinang.
Tiada keperluan runding semakan kadar air mentah ke Singapura - Akmal Nasrullah
Menurut Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, ia diputuskan menerusi perbincangan pada Oktober lalu antara pihaknya dengan Kerajaan Negeri Johor.
Banjir: Mangsa di empat negeri bertambah, Johor pulih
Situasi banjir di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis terus memburuk dengan pertambahan mangsa malam ini.
174 individu ditahan disyaki terlibat aktiviti pelacuran di Johor
Polis menahan 174 individu termasuk 162 warga asing dalam 16 serbuan menerusi Op Noda yang dijalankan di beberapa kawasan di negeri ini bermula 16 Nov lepas hingga hari ini.
Banjir: Melaka pulih, Terengganu semakin baik, Johor dan Kelantan tidak banyak perubahan
Situasi banjir di Melaka pulih sepenuhnya manakala jumlah mangsa di Terengganu semakin berkurang sementara Johor dan Kelantan tidak menunjukkan banyak perubahan setakat malam ini.
Johor kekal larang penjualan vape, tidak pernah keluar lesen sejak 2016
Tiada sebarang lesen penjualan vape atau rokok elektronik dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Johor.
Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Cadangan Kerajaan Negeri Johor untuk melaksanakan perubahan waktu bekerja sektor awam di negeri itu kepada empat hari setengah tidak akan menjejaskan produktiviti sektor awam.
Tempoh rehat Jumaat dua jam mulai tahun depan - MB Johor
Kerajaan Johor menetapkan tempoh waktu rehat hari Jumaat bagi sektor awam dan swasta dipanjangkan kepada dua jam bermula 1 Jan tahun depan berbanding hanya satu jam 30 minit ketika ini.
Johor pertimbang sektor awam kerja empat hari setengah seminggu
Johor sedang mempertimbangkan cadangan perubahan waktu bekerja sektor awam di negeri ini kepada empat hari setengah seminggu.