awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM tahan Pengerusi IJM Corp, bantu siasatan tadbir urus, aset luar negara RM2.5 bilion
Permohonan Paul Yong untuk semak sabitan, hukuman kes rogol ditolak
Pemandu maut lori simen jatuh dalam tapak pembinaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

900 Orang Asli di Pos Brooke disasar jalani ujian saringan COVID-19

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
01/08/2021
00:03 MYT
900 Orang Asli di Pos Brooke disasar jalani ujian saringan COVID-19
Antara penduduk di Pos Brooke yang menjalani ujian saringan COVID-19. -Astro AWANI
GUA MUSANG: Sekitar 900 penduduk Orang Asli di enam kampung di Pos Brooke yang kini di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) menjalani ujian saringan COVID-19 bermula Jumaat.
Pegawai Kesihatan Daerah Gua Musang, Dr Muhd Rafiq Mohd Kasri berkata, ujian saringan itu dilakukan terhadap kontak rapat selepas terdapat 19 kes positif COVID-19 dalam kalangan penduduk di situ sebelum ini.
Menurut Dr Muhd Rafiq, penularan jangkitan COVID-19 di kampung itu dipercayai tercetus apabila terdapat kes indeks melibatkan penduduk di kawasan berkenaan pada 15 Julai lalu.
Katanya, seorang penduduk Orang Asli yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kuala Terla, Cameron Highlands, Pahang telah dijangkiti wabak COVID-19.
"Sasaran kita untuk enam kampung ini ialah seramai 900 orang.
"Bilangan penduduk kampung ia bertabur secara tak sekata.
"Yang Kampung Cekau paling sedikit jumlah lebih kurang 55 orang, dan paling ramai ialah Kampung Sendrop dalam 280 orang.
"Sasaran kita ialah 900 orang, sampel yang akan kita ambil selama dua hari ini, kata Dr Muhd Rafiq.
PKPD | Sasar saring 900 penduduk Orang Asli
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau perjalanan ujian saringan di situ.
Tambahnya, seramai 50 petugas kesihatan yang dibahagikan kepada tiga pasukan bertungkus-lumus melakukan ujian calitan COVID-19 terhadap penduduk.
Katanya, pihaknya juga mendapat kerjasama baik daripada masyarakat Orang Asli di kampung itu apabila tiada laporan mengatakan penduduk lari atau enggan melakukan ujian COVID-19.
Topic Berkaitan
#Orang Asli
#Pos Brooke
#Muhd Rafiq Mohd Kasri
#ujian saringan
#Cameron Highlands
#Gua Musang
#petugas kesihatan
#PKPD
#kes positif
#kontak rapat
#Kampung Sendrop
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan