awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

912.5kg karkas lembu disembelih tanpa lesen dirampas

Sinar Harian
Sinar Harian
24/03/2024
05:43 MYT
912.5kg karkas lembu disembelih tanpa lesen dirampas
Pegawai JPV Pulau Pinang telah menahan sebuah pacuan empat roda kerana disyaki membawa karkas lembu yang disembelih di rumah penyembelihan tanpa lesen dalam operasi pagi Ahad. - Foto JPVPP
BUKIT MERTAJAM: Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang (JPVPP) merampas 912.5 kilogram karkas lembu bernilai RM36,500 dalam serbuan yang dijalankan berhampiran sebuah pasar di sini pagi Ahad.
Pengarahnya, Dr Saira Banu Mohamed Rejab berkata, karkas itu ditemui selepas sepasukan anggota penguatkuasa JPV Pulau Pinang menahan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu pada jam 6.20 pagi.
Menurutnya, pemeriksaan mendapati, kesemua karkas lembu itu disyaki bukan disembelih di rumah penyembelihan yang diluluskan atau yang dilesenkan.
"Kita merampas kesemua karkas berkenaan kerana didapati tidak diuruskan mengikut undang-undang yang ditetapkan.
"Kesemua rampasan dibawa ke Pejabat JPV Pulau Pinang untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Tambah Saira, nilai rampasan karkas lembu dan kenderaan yang disita dianggarkan bernilai RM81,500.
"Kes ini adalah rampasan terbesar yang dijalankan oleh JPV Pulau Pinang untuk tahun ini.
"Kes disiasat mengikut Kaedah 5(3) Kaedah-Kaedah binatang (Kawalan penyembelihan 2009)," katanya lagi.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang
#karkas lembu
#Saira Banu Mohamed Rejab
#rampasan
#tidak disembelih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan