Skip to main content

Malaysia

9.2 juta pengguna nikmati insentif tenaga RM2.8 bilion

Siti Safinah Salleh speaks at the welcoming ceremony organised by the Energy Commission as the regulator's new chief executive officer. Image: Suruhanjaya Tenaga / Facebook
Siti Safinah berkata inisiatif itu dilihat sebagai langkah signifikan dalam membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat, di samping menggalakkan penggunaan tenaga secara lebih efisien. - Gambar FB Suruhanjaya Tenaga

KUALA LUMPUR: Hampir 9.2 juta pengguna elektrik di Semenanjung Malaysia menikmati insentif cekap tenaga berjumlah RM2.8 bilion sejak ia diperkenalkan. 

Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga, Siti Safinah Salleh, berkata inisiatif itu dilihat sebagai langkah signifikan dalam membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat, di samping menggalakkan penggunaan tenaga secara lebih efisien. 

Advertisement

"Sebagai pengguna tenaga, kita disarankan menggunakan elektrik secara cekap dan berhemah bagi memastikan kemampanan jaminan bekalan tenaga dalam jangka panjang. 

“Amalan langkah kecekapan tenaga yang praktikal dan mudah juga disarankan untuk dilaksanakan semua pengguna,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada taklimat mengenai krisis tenaga global, pada Jumaat. 

Mengulas lanjut, Siti Safinah berkata impak kenaikan kos penjanaan tenaga elektrik masih kekal terkawal menerusi kepelbagaian sumber tenaga serta pelaksanaan mekanisme pelarasan kos bahan api automatik. 

Katanya, langkah itu sekali gus memastikan kebajikan pengguna terus terpelihara, khususnya dalam berdepan cabaran kenaikan harga bahan api global.

Must Watch Video