awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

9.24 juta telah daftar PADU

Sinar Harian
Sinar Harian
29/03/2024
04:01 MYT
9.24 juta telah daftar PADU
Selangor kekal negeri tertinggi merekodkan pendaftaran PADU dengan angka 1.45 juta orang disusuli Johor 1.02 juta dan Sarawak 0.89 juta. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Dua hari menjelang tarikh akhir pada Ahad ini, pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU) menunjukkan peningkatan iaitu 9.24 juta telah berdaftar setakat Khamis.
Ia berbanding 8.79 juta pendaftaran dibuat sehingga Rabu.
Selangor kekal negeri tertinggi merekodkan pendaftaran PADU dengan angka 1.45 juta orang disusuli Johor 1.02 juta dan Sarawak 0.89 juta.
Berdasarkan rekod dalam sistem PADU, bilangan warganegara adalah seramai 30.08 juta.
PADU dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 Januari lalu dan pendaftarannya dibuka sehingga 31 Mac 2024 bagi membolehkan orang ramai mengemas kini serta mengesahkan maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan, bilangan isi rumah dan alamat.
PADU berperanan untuk memastikan setiap warga negara yang layak menerima manfaat berbentuk bantuan atau perlindungan daripada pelbagai inisiatif kerajaan berfokuskan rakyat.
PADU mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap berumur 18 tahun ke atas di Malaysia.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Sistem Pangkalan Data Utama
#PADU
#telah mendaftar
#tariklh akhir
#subsidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan