awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

94 pengunjung pusat hiburan dikompaun RM188,000

Bernama
Bernama
01/12/2021
21:39 MYT
94 pengunjung pusat hiburan dikompaun RM188,000
Semasa serbuan dilakukan muzik di premis berkenaan dipasang dengan kuat dan pelanggan sedang berhibur. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seramai 94 pengunjung sebuah pusat hiburan di Bandar Utama, Petaling Jaya, di sini, dikompaun RM2,000 setiap seorang kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Fakhrudin Abdul Hamid berkata dalam serbuan di pusat hiburan berkenaan seramai dua pengunjung turut didapati positif dadah jenis syabu.
Beliau berkata semasa serbuan dilakukan muzik di premis berkenaan dipasang dengan kuat dan pelanggan sedang berhibur.
"Ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap semua pengunjung berumur lingkungan 19 hingga 57 tahun berkenaan mendapati dua orang lelaki positif dadah dan mereka telah ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya dalam kenyataan semalam.
Fakhrudin berkata semua pengunjung pusat hiburan berkenaan yang merupakan warga tempatan dikompaun di bawah peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.
"Kompaun sebanyak RM10,000 turut dikeluarkan kepada pemilik premis berkenaan di bawah Peraturan 17(2) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 kerana telah menjalankan perniagaan pusat hiburan semasa tempoh (Fasa Empat) PPN.
"Pemilik premis berkenaan juga disiasat di bawah Seksyen 76(1) Akta Eksais (menjual minuman keras tanpa lesen) dan Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Selangor (menjalankan perniagaan pusat hiburan tanpa lesen yang sah)," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kompaun
#PPN
#SOP
#pusat hiburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan