awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

946 kes barangan kawalan direkodkan sejak 2018

Bernama
Bernama
22/08/2022
20:23 MYT
946 kes barangan kawalan direkodkan sejak 2018
Rampasan berkenaan melibatkan barangan kawalan serta barangan bersubsidi seperti minyak masak, petrol RON95, minyak diesel, gula, tepung gandum dan gas petroleum cecair (LPG). - Gambar fail/KPDNHEP
ARAU: Sebanyak 946 kes di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 direkodkan sejak 2018 hingga Julai tahun ini, melibatkan nilai rampasan berjumlah RM78.11 juta.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Azman Mohd Yusof berkata rampasan berkenaan melibatkan barangan kawalan serta barangan bersubsidi seperti minyak masak, petrol RON95, minyak diesel, gula, tepung gandum dan gas petroleum cecair (LPG).
"Penguatkuasaan (Op Bersepadu) ini kita jalankan bersama-sama dengan agensi terlibat seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), polis, Jabatan Imigresen dan lain-lain bagi membendung isu ketirisan bekalan terutamanya barang kawalan dan bersubsidi," katanya kepada pemberita selepas turut serta dalam operasi sekatan jalan raja di Kilometer 26, Jalan Changlun-Kuala Perlis dekat sini, semalam.
Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ Aedy Fadly Ramli.
Katanya penguatkuasaan akan diteruskan dari semasa ke semasa terutama melibatkan negeri-negeri yang bersempadan dengan negara jiran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPDNHEP
#Akta Kawalan Bekalan
#minyak subsidi
#op bersepadu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan