awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

96.1 peratus graduan UniKL MFI berjaya dapat kerja

Astro Awani
Astro Awani
06/12/2021
10:27 MYT
96.1 peratus graduan UniKL MFI berjaya dapat kerja
Datuk Seri Azizah Mohd Dun sedang beramah mesra dengan pelajar UniKL MFI ketika melawat kampus tersebut, pada Isnin.
KUALA LUMPUR: Kebolehpasaran graduan teknikal Universiti Kuala Lumpur Malaysia France Institute (UniKL MFI) terbukti apabila 96.1 peratus pelajar dari institusi tersebut berjaya memperoleh pekerjaan dalam pelbagai bidang selepas tamat pengajian.
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Seri Azizah Mohd Dun berkata, kadar kebolehpasaran yang tinggi itu berjaya dicapai kerana UniKL MFI menawarkan bidang pendidikan dan latihan yang menjadi tumpuan dalam pelbagai industri.
"Ketika ini, seluruh dunia memberi tumpuan terhadap teknologi kenderaan elektrik dan saya bangga apabila UniKL MFI turut menawarkan bidang yang sama dalam latihan serta pembelajaran pelajar di institusi ini.
"Langkah ini secara tidak langsung membantu Malaysia untuk bergerak seiring dengan negara-negara lain dalam bidang teknologi," katanya selepas mengadakan lawatan di UniKL MFI di Bangi, dekat sini.
Seramai 72 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 telah dipilih mengikuti program persediaan Pre France iaitu 62 orang merupakan penerima biasiswa Mara manakala 10 orang penerima biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Kesemua mereka akan melanjutkan pengajian di universiti-universiti di Perancis dalam bidang Kejuruteraan, Sains Politik dan Pengurusan Perniagaan.
Topic Berkaitan
#UniKL MFI
#Datuk Seri Azizah Mohd Dun
#kebolehpasaran
#MARA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan