KUALA LUMPUR: "Hari ini merupakan satu detik hitam apabila negara mencatatkan kes kematian harian COVID-19 yang tertinggi sejak pandemik ini bermula," demikian menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Menyuarakan keresahannya, beliau berkata pertambahan 98 kes kematian COVID-19 itu menyaksikan angka korban akibat wabak tersebut kini berjumlah 2,650 kes.
Katanya perkembangan itu menyebabkan bilik simpanan mayat di hospital-hospital Kementerian Kesihatan (KKM) kini mula penuh dan semakin sukar untuk menampung pertambahan mendadak jumlah jenazah.
"Sebanyak 471 kematian berlaku pada tahun 2020 manakala 2,179 kematian dicatatkan dalam tempoh lima bulan pertama 2021.
"Dalam tempoh 1 hingga 29 Mei 2021 sahaja, sebanyak 1,144 kematian disebabkan COVID-19 telah direkodkan. Ini merupakan jumlah kes kematian bulanan yang paling tinggi setakat ini," katanya menerusi hantaran di Facebook malam ini.
Dr Noor Hisham berkata berikutan itu, perkhidmatan perubatan forensik telah menyediakan kontena khas khusus untuk jenazah pesakit atau bukan pesakit COVID-19 di lima hospital iaitu Hospital Selayang, Hospital Serdang dan Hospital Sungai Buloh di Selangor; Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru dan Hospital Queen Elizabeth I di Sabah serta satu 'fleximort' khusus untuk jenazah pesakit COVID-19 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Selangor.
Beliau berkata setiap kontena khas itu boleh menampung kapasiti maksimum 20 jenazah manakala bagi "fleximort" sebanyak 12 jenazah.
Lebih membimbangkan, Dr Noor Hisham berkata jika kes aktif COVID-19 melebihi kemampuan dan kapasiti KKM untuk merawat, doktor akan terpaksa membuat pilihan sukar untuk mengutamakan katil unit rawatan rapi (ICU) bagi pesakit dengan potensi sembuh yang lebih tinggi berbanding pesakit yang potensi sembuhnya lebih rendah.
"Ini adalah implikasi yang tidak diingini oleh setiap petugas kesihatan namun pilihan sukar ini akan terpaksa dilakukan apabila sistem kesihatan mencapai kapasiti maksimum.
"Bantulah kami agar sistem kesihatan negara tidak lumpuh sama sekali," katanya.
Beliau berkata semua pihak dari peringkat tertinggi hinggalah ke rakyat jelata perlu membantu memutuskan rantaian jangkitan virus COVID-19.
"Buatlah keputusan dan pilihan terbaik demi rakyat dan negara," katanya.
Dr Noor Hisham juga berkata dalam mengimbangi nyawa serta kehidupan, adalah penting untuk semua pihak sentiasa meneliti semula keutamaan mereka mengikut keadaan semasa namun bagi KKM dan petugas kesihatan di seluruh negara, keutamaan mereka adalah kesihatan awam dan menyelamatkan nyawa.
"Marilah kita kekal duduk di rumah dan jika anda mempunyai urusan penting di luar, pastikan anda mematuhi SOP agar diri dan ahli keluarga dilindungi.
"Kita jaga kita. Pastikan tiada pergerakan dan tiada perhimpunan. #LockdownKendiri #BantuSistemKesihatanNegara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 29 2021
Semua pihak dari peringkat tertinggi hinggalah ke rakyat jelata perlu membantu memutuskan rantaian jangkitan virus COVID-19. - Gambar fail/ Bernama
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Pindaan Akta 655 perkenal hukuman berat, kesalahan baharu
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bentangkan pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dengan memperkenalkan hukuman lebih berat dan kesalahan baharu.
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.
Gaji bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini - PIKOM
Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia.
Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma
Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.