awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sabah: UMNO perlu tampil dengan imej baharu - Shamsul Anuar

Bernama
Bernama
20/06/2025
13:30 MYT
PRN Sabah: UMNO perlu tampil dengan imej baharu - Shamsul Anuar
Dr Shamsul Anuar (dua, kiri) memalu gong sebagai gimik perasmian Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Machang 2025 di Pusat Transformasi Ilmu Bukit Tiu hari ini. - Gambar Bernama
MACHANG: UMNO perlu menampilkan imej positif yang baharu bagi meraih sokongan pengundi khususnya dalam kalangan generasi muda pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.
Beliau berkata langkah itu sejajar dengan perubahan semasa manakala sebarang tawaran parti itu kepada pengundi pada PRN ke-17 itu mestilah selaras dengan kehendak rakyat, bukan sesuatu yang ditolak oleh mereka.
"Saya yakin persiapan sedang dan akan terus dilaksanakan bagi memastikan UMNO benar-benar bersedia menghadapi PRN Sabah.
"Saya lihat kerjasama antara UMNO di peringkat pusat dan negeri amat baik kerana semua pihak mahukan UMNO kembali menjadi parti yang kuat dan dominan di Sabah serta menang di semua kerusi ditandingi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Machang 2025 di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub.
Shamsul Anuar berkata peranan wanita dalam UMNO termasuk UMNO Sabah sangat penting dan kehadiran mereka bukan sekadar memenuhi kuorum mesyuarat semata-mata.
"Melihat kepada kepentingan peranan ini, saya yakin UMNO akan meletakkan calon wanita pada PRN Sabah nanti. Siapa dan berapa jumlahnya akan ditentukan oleh Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang tentunya mempunyai strategi tersendiri untuk mencapai kemenangan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN Sabah ke-17
#UMNO
#calon wania
#generasi muda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan