ALOR SETAR: Seramai 99 pelajar asrama Maktab Mahmud, Tobiar, Pendang, dekat sini, disahkan positif COVID-19 melibatkan Kluster Dah Penyarom.
Exco Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Kedah, Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata, kes positif itu mula dikesan selepas terdapat beberapa pelajar perempuan mengalami gejala batuk dan demam.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tokai berkata, difahamkan pelajar terbabit bergejala ketika mengambil peperiksaan lalu melakukan ujian saringan COVID-19 dan disahkan positif.
"Susulan itu ujian saringan dilakukan kepada semua pelajar asrama berkenaan dan pelajar yang positif sudah dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Dewan Wawasan, Jitra dengan menaiki bas pada Selasa.
“Bagaimanapun, setakat ini majoriti pelajar disahkan positif COVID-19 adalah pelajar perempuan manakala hanya beberapa orang merupakan pelajar lelaki," katanya kepada pemberita pada Selasa.
Beliau berkata, kes positif membabitkan pelajar asrama dijangka bertambah selepas keputusan ujian saringan diketahui pada Rabu.
‘Ketika ini, pelajar yang didapati negatif dibenarkan pulang ke rumah masing-masing dan pelajar yang belum dapat keputusan mereka dipakaikan gelang merah jambu dan dikuarantin di asrama,” katanya.
Tambah Dr Mohd Hayati, kluster itu dinamakan Dah Penyarom kerana lokasi Maktab Mahmud terletak di Kampung Penyarom.
“Sebagai langkah awal, bangunan asrama dan sekolah ini sudah disanitasi dan dibersihkan,” katanya.
Menurutnya, beliau telah melakukan tinjauan bersama Pegawai Kesihatan Daerah di maktab tersebut untuk melihat keperluan dan langkah yang perlu dilakukan selepas ini.
Pada Selasa, Kedah mencatatkan peningkatan mendadak kes COVID-19 iaitu sebanyak 403 kes berbanding hanya 268 kes pada Isnin.
Dalam perkembangan sama, Dr Mohd Hayati berkata, penduduk Kedah dinasihatkan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan bagi mengelak penularan virus COVID-19 sama ada dalam kalangan komuniti dan sekolah.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Tue Jan 18 2022

Kes positif membabitkan pelajar asrama dijangka bertambah selepas keputusan ujian saringan diketahui pada Rabu. - Gambar/ Sinar Harian

PM akui wujud keresahan kenaikan harga barang, MOF sedia tampung kesan kenaikan
MOF sedia menampung dan memberi bantuan tambahan bagi mengimbangkan kesan kenaikan harga barangan kepada rakyat.

Tiada caj dikenakan ke atas peniaga Duitnow QR pada masa ini - Maybank
Semua peniaga boleh terus menerima pembayaran Duitnow QR tanpa caj, seperti amalan hari ini, kata Maybank.

Mangsa banjir di Kedah meningkat ke 1,908 orang
Bilangan mangsa banjir di Kedah terus peningkatan apabila 1,908 mangsa daripada 576 keluarga dipindahkan di 15 PPS.

Rombakan Kabinet: "Saya terfikir... tapi tidak mendesak sangat" - PM Anwar
Perdana Menteri tidak menolak kemungkinan akan membincangkan mengenai rombakan Kabinet ketika beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Warga Indonesia maut insiden runtuhan struktur rumah
Kemalangan di tempat kerja itu berpunca akibat runtuhan struktur rumah ketika kerja-kerja pembaikan dilakukan.

Kementerian Kewangan akan pulangkan semula aset Tabung Haji - PM
Keputusan itu dibuat selepas MOF berpuas hati dengan prestasi kewangan TH yang semakin baik.
Pasaran Tempatan: Prestasi mingguan FBM KLCI
MIDF Research membawakan perkembangan terkini prestasi mingguan FBM KLCI setiap Jumaat.
Data & Statistik: Prestasi ringgit setakat 29 September
Bersama Niaga AWANI membawakan perkembangan terkini mengenai prestasi ringgit hari ini.
Peruntukan RM1.2 juta Dapur Asnaf MAINJ
Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) memperuntukkan RM1.2 juta dalam Program Dapur Asnaf tahun ini, bagi membantu 6,000 golongan asnaf seluruh Johor. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid, berkata inisiatif itu bertujuan meringankan bebanan kos bulanan berikutan kenaikan harga barangan ketika ini.
Wakaf pertanian Nasruddin Care ubah nasib asnaf
Konsep wakaf pertanian yang dilaksanakan Nasruddin Care telah berjaya mengubah hidup golongan asnaf ke tahap pendapatan sara diri yang lebih baik. Ikuti perkongsian berkenaan konsep wakaf tersebut yang dilaksanakan di Padawan, Sarawak.

IDFR lancar buku mengenai pengalaman diplomat urus pandemik COVID-19, diplomasi ekonomi
Antara kisah paling menarik dalam buku 'Diplomacy Through the Pandemic' ialah daripada Duta Malaysia ke Iran, Datuk Rustam Yahaya.

Pastikan staf kesihatan bersedia, polisi diubah untuk hadapi wabak X - Pakar
Katanya, pandemik COVID-19 memberi pengajaran besar kepada Malaysia dan tidak seharusnya masalah sama berulang.

Hangzhou bersedia anjurkan Sukan Asia
China bersedia sepenuhnya untuk penganjuran Sukan Asia yang mencapai standard Olimpik, dari 23 Sept hingga 8 Okt selepas tertangguh setahun susulan pandemik COVID-19.

Kemajuan LCS antara 4 laporan dibentang pada Mesyuarat Ketiga Dewan Rakyat Oktober ini
Laporan Kemajuan Projek Pembinaan Kapal Peronda Generasi Kedua - Kapal Tempur Pesisir (LCS) adalah antara empat laporan yang akan dibentangkan pada Mesyuarat Ketiga Dewan Rakyat, Oktober ini.

WHO gesa China kemuka maklumat asal usul COVID-19
Badan itu mendesak China untuk memberikan akses secara penuh dan bersedia untuk mengadakan mesyuarat dua hala bersama negara itu.

Ronaldo tuntut Juventus bayar tunggakan gaji RM99.5 juta
Cristiano Ronaldo bercadang mengambil tindakan undang-undang ke atas Juventus yang belum membayar tunggakan gajinya ketika pandemik COVID-19.

Ahli farmasi Jerman keluar amaran mengenai kekurangan serius ubat-ubatan
Tahun lepas, terdapat kekurangan antibiotik yang teruk dan beberapa ubat untuk kanak-kanak, selepas gelombang jangkitan.

Putera Jepun Hisahito dijangkiti COVID-19
Putera Jepun Hisahito disahkan dijangkiti COVID-19, lapor Sputnik. Putera Hisahito, 17 ialah anak tunggal Putera Mahkota Akishino (Fumihito) bersama Puteri Mahkota Kiko.

Pengurusan COVID-19: PAC panggil Ka Siong Khamis depan
Prosiding itu dijadualkan pada 21 September depan dengan PAC akan turut memanggil bekas Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Dr Chen Chaw Min.

COVID-19: England kenal pasti 34 kes varian bermutasi tinggi
Daripada 34 kes itu, lima pesakit dimasukkan ke hospital dan tiada kematian dikaitkan dengan varian baharu yang muncul.