MALAYSIA
AADK akan rombak modul, perkasa pencegahan dan rawatan dadah

Ruslin berkata, dua bahagian utama iaitu Bahagian Pencegahan dan Rawatan telah diminta untuk menilai semula keberkesanan pelaksanaan semua program sepanjang lima tahun lalu. - Foto Astro AWANI
PUTRAJAYA: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bercadang merombak modul sedia ada bagi program i-Pulih dan i-Cegah bermula awal tahun depan sebagai langkah memperkukuh usaha pencegahan dan rawatan ketagihan dadah.
Ringkasan AI
- Modul i-Pulih dan i-Cegah akan dirombak: AADK akan nilai semula keberkesanan program selama lima tahun lalu dan rombak modul bermula awal tahun depan agar lebih relevan dalam usaha pencegahan dan rawatan ketagihan.
- Inisiatif "Kampung Bebas Dadah" diperluas: Setiap kampung akan diperkasa menjadi kawasan bebas dadah, dengan institusi komuniti memainkan peranan utama bersama kerjasama AADK daerah.
- Pelan Komunikasi Antidadah berskala nasional: AADK akan gerakkan kempen nasional melibatkan pelbagai rakan strategik untuk memperkukuh program pencegahan dadah secara menyeluruh.
Sebaliknya, katanya ia bertujuan memastikan pendekatan yang digunakan kekal relevan dan lebih berkesan dalam menangani cabaran penyalahguna dadah.
“Kesemua modul yang dah laksanakan lima tahun ke belakang, tahun ini perlu dikaji balik dan insya-Allah awal tahun depan kita akan rombak.
“Bukan makna benda yang dulu tidak baik tetapi kemungkinan ada yang baharu lagi kita tak nampak lebih baik daripada yang dulu. Itu hasrat saya nak buat,” katanya di sini pada Sabtu.
Beliau ditemui selepas Program Menembak AADK sempena Peringatan Hari Antidadah 2025, yang turut dihadiri Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
Program berkenaan disertai kira-kira 100 peserta termasuk pengamal media dan rakan strategik AADK.
Dalam masa sama, Ruslin berkata AADK juga telah menggerakkan inisiatif “Kampung Bebas Dadah” bagi merealisasikan hasrat mewujudkan kampung bebas dadah di seluruh negara, bermula tahun ini.
Jelas beliau, setiap kampung akan diperkasa untuk memainkan peranan utama dalam usaha mencegah dan menangani masalah penagihan dadah di peringkat komuniti.
“Ini adalah hasrat kita tahun ini. Setiap kampung akan dijadikan sebagai kampung bebas dadah. Peranan akan jatuh 100 peratus kepada institusi kampung itu sendiri, dengan kerjasama AADK di setiap daerah,” tambahnya.
Selain itu, AADK katanya kini bakal menggerakkan Pelan Komunikasi Antidadah secara menyeluruh bagi memperkukuh program pencegahan dadah di seluruh negara.
Ujar beliau, pelan itu akan memberi tumpuan kepada kempen berskala nasional yang melibatkan pelbagai pihak luar sebagai rakan strategik dalam menjayakan agenda bebas dadah.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami