awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AADK Negeri Sembilan sasar sifar penagihan menjelang 2045

Bernama
Bernama
24/01/2018
22:12 MYT
AADK Negeri Sembilan sasar sifar penagihan menjelang 2045
Menurut Pengarah AADK Negeri Sembilan, golongan penagih kebanyakannya adalah belia dan Seremban merekodkan paling ramai jumlah penagih dadah. - Gambar hiasan
Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sembilan menyasarkan sifar penagihan di negeri ini menjelang tahun 2045, kata Pengarah Nazira Sadiron.
Ke arah mencapai matlamat itu, pihaknya mensasarkan penurunan sebanyak 10 peratus di kalangan penagih baharu dan penagih berulang dalam tempoh setahun.
Katanya, daripada statistik AADK dua tahun lepas, trend penggunaan dadah merekodkan penurunan sekitar enam peratus.
"Daripada statistik kami, sebanyak 2,567 kes penagihan dadah direkodkan di seluruh negeri ini pada 2016 dan pada 2017, ia menunjukkan sedikit penurunan kepada 2,413 kes iaitu kira-kira enam peratus," katanya kepada pemberita selepas Majlis Minum Petang Bersama AADK, Majlis Perbandaran Nilai (MPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah Seremban di sini, pada Rabu.
Nazira berkata pihaknya akan terus menggandakan lagi usaha membanteras isu penagihan dadah terutama penagih baharu.
"Kita menumpukan kepada kawasan-kawasan yang panas dahulu untuk membanteras kegiatan ini dan diikuti dengan kawasan-kawasan yang lain sehingga negeri ini sifar penagih dadah," katanya sambil menambah golongan penagih kebanyakannya adalah belia dan Seremban merekodkan paling ramai jumlah penagih dadah.
Turut hadir Pengarah Jabatan Komuniti dan Perhubungan Awam MPN Saiful Azuar Ahmad Jadi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AADK
#Dadah
#Nazira Sadiron
#Negeri Sembilan
#penagihan
#Seremban
#sifar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan