KUALA LUMPUR: Atlet ski air negara Aaliyah Yoong Hanifah, 18, kini bersedia untuk menunjukkan kebolehan beliau beraksi dalam sukan itu di luar negara, selepas terhenti dua tahun akibat COVID-19.
Aaliyah yang menyertai kejohanan terakhir di Moomba Masters 2020 di Melbourne, Australia sebelum pandemik memberhentikan aktivitinya, telah berlepas ke Australia semalam bagi menyertai kejohanan sama edisi 2022 dari 9-14 Mac.
Aaliyah yang baru-baru ini menerima biasiswa daripada Yayasan Sime Darby, berbangga kerana telah dijemput untuk menyertai acara Moomba itu, yang merupakan satu kejohanan di mana hanya atlet terbaik dunia sahaja akan menyertainya, yang diadakan bersempena dengan Festival Moomba.
Aaliyah yang buat pertama kalinya beraksi di Masters Moomba pada 2013 pada usia sembilan tahun, akan bertanding dalam acara 'tricks', 'slalom', dan 'jump' dalam kedua-dua kategori iaitu remaja dan terbuka, bagi mencatatkan penyertaannya kali ke-10 di kejohanan itu.
"Saya amat gembira dengan latihan persediaan saya untuk kejohanan Moomba itu, dan saya sangat teruja untuk menyertainya, kata Aaliyah yang memenangi pingat emas pada kategori remaja pada 2020.
"Dua tahun merupakan satu jangka masa yang panjang dan kebetulan kejohanan terakhir saya juga di Moomba 2020. Saya tentunya berharap saya tidak akan menghadapi masalah selepas terlalu lama tidak beraksi," katanya dalam satu kenyataan.
Oleh kerana ini merupakan kali terakhir Aaliyah akan menyertai kategori remaja, beliau berharap untuk mengakhirinya dengan membawa pulang pingat emas pada acara 'tricks' dan keseluruhan, selain menyasarkan untuk menamatkan acara 'jump' di podium.
Bagi kategori terbuka, atlet muda itu menyasarkan untuk menamatkan dalam kelompok lima terbaik dalam acara 'tricks', dengan kedudukan terbaiknya berada di tempat ketujuh.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 07 2022
Aaliyah yang baru-baru ini menerima biasiswa daripada Yayasan Sime Darby, berbangga kerana telah dijemput untuk menyertai acara Moomba. - Bernama
Literasi kewangan, kerjasama holistik kunci wang persaraan yang cukup
Literasi kewangan dan kerjasama holistik pihak berkepentingan merupakan antara yang dicadangakan Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan dalam memastikan kecukupan wang persaraan rakyat Malaysia dalam mendepani cabaran negara menua.
PM mahu tumpuan diberi kepada ekonomi perak, ini perkara anda perlu tahu
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, kerajaan akan memberikan tumpuan kepada ekonomi perak (silver economy) dalam menghadapi populasi lanjut usia yang semakin meningkat.
LCS pertama diluncurkan 23 Mei lalu
Kapal Tempur Pesisir (LCS) pertama telah diluncurkan di Lumut Naval Shipyard (Lunas) pada 23 Mei lalu.
Perbadanan Putrajaya, TNB jalin kerjasama bagi pembangunan bandar pintar dan rendah karbon
Perbadanan Putrajaya dan TNB menandatangani MoU dan Perjanjian Bekalan Tenaga Boleh Baharu (SARE) yang memfokuskan kepada pembangunan Bandar Pintar dan Bandar Rendah Karbon.
Grab taja caruman SKSPS buat lebih 180,000 pekerja e-hailing, p-hailing
Grab Malaysia akan menanggung 10 peratus daripada jumlah caruman tersebut yang mana 90 peratus yang lain ditanggung kerajaan.
AWANI Ringkas: Kerani, kontraktor tipu jual gelaran Datuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lebih 1,000 kes pokok tumbang sehingga April - Bomba
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysian (JBPM) merekodkan 1,085 kejadian pokok tumbang di seluruh negara bagi tempoh empat bulan pada tahun ini.
MITI akan siasat isu syarikat semikonduktor Malaysia dikenakan sekatan oleh AS
MITI akan melakukan siasatan lanjut susulan tindakan sekatan yang dikenakan oleh Amerikat Syarikat terhadap sebuah syarikat semikonduktor Malaysia.
AWANI Review: From Defense to Digital - Thales’ Evolution in Malaysia
With over 40 years in Malaysia, Thales has grown from a defense and aerospace expert to a digital transformation leader. CEO François-Xavier Boutes shares exciting opportunities in Malaysia and the push for localisation.
Kehilangan yang mendukacitakan, MB Terengganu ucap takziah pemergian Pengarah Urusan Sabasun
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Pengarah Urusan Sabasun HYPErRUNCIT Sdn Bhd, Che Salmi Che Ibrahim yang meninggal dunia pada awal pagi Selasa.
Aaliyah terpilih ke Masters-64 di Amerika Syarikat hujung minggu ini
Aaliyah, 20, layak ke kejohanan berprestij itu hasil prestasi cemerlangnya sepanjang musim ini.
Aaliyah sedia buru kedudukan podium pada Kejohanan B-21 Dunia
Aaliyah berharap dapat mempamerkan potensi diri yang sebenar dan berharap dapat meraih podium di Mexico nanti.
Aaliyah sasar tampil lebih hebat di dua kejohanan utama
Atlet berusia 19 tahun itu berkata prestasinya kali ini menjadi petanda ke arah pencapaian yang lebih baik akan datang.
Aaliyah raih gangsa di Kejohanan Dunia Birmingham
Rangkul pingat gangsa acara tricks wanita di Kejohanan Dunia Birmingham 2022 di Alabama, Amerika Syarikat (AS).
Aaliyah Yoong perbaiki rekod kebangsaan
Catat lompatan sejauh 39.5 meter (m) untuk mengungguli pusingan pertama kategori junior untuk mara ke pusingan kedua.
Aaliyah Yoong bersedia beraksi di Moomba Masters
Acara itu merupakan satu kejohanan di mana hanya atlet terbaik dunia sahaja akan menyertainya.
Aaliyah layak ke final, atasi rekod Asia
Itu adalah kali ketiga ratu luncur air negara melakukan pungutan melebihi 7,000 mata.
Aaliyah Yoong mara ke final Kejohanan Remaja Dunia
Atlet ski air muda Malaysia, Aaliyah Yoong Hanifah berjaya menempa nama di pentas dunia selepas mara ke final acara 'trick'.
Aaliyah Yoong ketuai cabaran Malaysia pada Kejohanan Pra Sukan SEA
Pemenang dua pingat emas Sukan SEA 2015 di Singapura, Aaliyah Yoong Hanifah akan mengetuai cabaran negara pada Kejohanan Ski Air dan Papan Luncur Pra Sukan SEA.