awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM bangun sistem pencegahan kebocoran maklumat perolehan kerajaan
Serangan seksual: Mahkamah Rayuan kembalikan sabitan, lelaki 75 tahun dipenjara 8 tahun
Artik dan Greenland kekal keutamaan EU
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Abang baby' mengamuk di restoran didenda RM300

Astro Awani
Astro Awani
13/06/2023
07:27 MYT
'Abang baby' mengamuk di restoran didenda RM300
Penganggur Mohd Asri Abdullah, 50, didenda RM300 di Mahkamah Majistret hari ini, selepas mengaku salah atas tuduhan melakukan mudarat awam di sebuah restoran di Subang Jaya, awal minggu lalu. - Foto Bernama
SHAH ALAM: Seorang penganggur yang berang kerana tidak dipanggil dengan gelaran 'abang' dan 'baby' didenda RM300 oleh Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan mudarat awam di sebuah restoran di Subang Jaya, awal bulan ini.
Majistret, Mohamad Redza Azhar Rezali menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Asri Abdullah, 50, dan memerintahkan tertuduh dipenjara tujuh hari jika gagal membayar denda.
Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Farah Sofea Norazman sebelum itu memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap tertuduh sebagai pengajaran.
Mengikut pertuduhan, bekas pemandu lori itu didakwa melakukan mudarat awam sehingga menyebabkan kegusaran kepada orang awam.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah restoran di Putra Heights, Subang Jaya pada jam 9 pagi, 4 Jun lalu.
Tertuduh tidak diwakili peguam.
Tertuduh mengamuk selepas dikatakan berang tidak dipanggil dengan panggilan 'abang' atau 'baby' dengan membaling bungkusan nasi dan air Nescafe panas yang terkena anak lelaki pemilik restoran berkenaan.
Dia juga menendang meja, membaling kerusi, meludah dan mengatakan sesuatu dalam bahasa yang kurang difahami selain turut berkelakuan pelik.
Sebelum ini, klip video memaparkan suspek mengamuk secara tiba-tiba sehingga mencederakan seorang kanak-kanak tular di media sosial.
Topic Berkaitan
#penganggur
#mengamuk
#restoran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan