awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Abang Johari bakal penerima vaksin COVID-19 pertama di Sarawak - Uggah

Fadilah Sulaiman
Fadilah Sulaiman
19/02/2021
13:39 MYT
Abang Johari bakal penerima vaksin COVID-19 pertama di Sarawak - Uggah
Abang Johari disahkan akan menjadi penerima vaksin COVID-19 yang pertama di Sarawak. - Foto Astro AWANI
KUCHING: Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg akan menjadi penerima vaksin yang pertama di negeri itu.
Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas semasa sidang media harian COVID-19 hari ini.
“Ketua Menteri akan menjadi yang pertama (menerima vaksin). Sudah disahkan Dr Chin,” katanya.
Sementara itu Sarawak menyasarkan untuk memberikan vaksin kepada 80 peratus penduduk bagi mencapai Imuniti Kelompok atau Herd Immunity .
Jelas Uggah pengambilan vaksin di Sarawak adalah secara sukarela dan tidak ada paksaan.
“Kami harap semua mahu divaksin. Garis panduan kami adalah untuk memberi vaksin kepada tidak kira warga Sarawak atau bukan warga Sarawak yang berumur 18 tahun ke atas.
“Dari jumlah itu kita anggarkan seramai 2.2 juta penduduk di Sarawak akan divaksin.” jelasnya.
Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Dr Chin Zin Hing turut menyokong matlamat itu dengan mengambil kira keberkesanan program pemvaksinan yang telah dijalankan di negara-negara lain.
“Saya fikir kita boleh capai 80 peratus populasi divaksin untuk dapatkan kekebalan kawanan, oleh itu kita perlukan seramai mungkin individu 18 tahun yang layak, kerana ia diberikan secara percuma jadi kita patut ambil peluang ini.
“Dan apa kita tahu, pelbagai negara yang sudah menggunakan vaksin ini jumlah kes serta rawatan di hospital sudah reda.” katanya.
Topic Berkaitan
#Sarawak
#Ketua Menteri
#Abang Johari
#COVID-19
#vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan