awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Abang Johari pelawa korporat sertai model perniagaan baharu Sarawak berasaskan digital

Fadilah Sulaiman
Fadilah Sulaiman
09/03/2022
12:36 MYT
Abang Johari pelawa korporat sertai model perniagaan baharu Sarawak berasaskan digital
Menurutnya, model tersebut mampu menjana pulangan pelaburan yang positif, melalui proses perniagaan yang inovatif berasaskan teknologi digital.
KUALA LUMPUR: Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyeru sektor korporat di negeri ini dan pasukan pengurusan mereka menerima pakai model perniagaan baharu yang diperkenalkan kerajaan negeri.
Menurutnya, model tersebut mampu menjana pulangan pelaburan yang positif, melalui proses perniagaan yang inovatif berasaskan teknologi digital.
"Ini akan membolehkan mereka memiliki daya saing seterusnya mencipta pertumbuhan perniagaan yang mampan,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan Forum Kepimpinan Digital di Sekolah Perniagaan Asia di Kuala Lumpur pada Rabu.
Teks ucapan Abang Johari disampaikan oleh timbalannya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
Menurut Abang Johari lagi, kepimpinan (kerajaan) dan pertumbuhan (ekonomi dan perniagaan) adalah saling berkaitan.
"Penyelesaian terhadap isu (ekonomi dan perniagaan) bukan hanya datang dari dasar (yang diperkenal kerajaan), tetapi daripada pelbagai sumbangan pihak berkepentingan, termasuk korporat.
Sumbangan itu tegasnya, dapat dijelmakan dalam bentuk kerjasama perkongsian idea kolektif dari sektor awam dan swasta. Oleh itu, sebagai pemimpin, memahami dan mentafsir DNA digital perniagaan terkemuka dalam mana-mana organisasi kini menjadi satu keperluan.
Tegas Abang Johari lagi, ekonomi gig hari ini memerlukan generasi berkeupayaan ‘ambidextrous’, yang mampu berinovasi dan meneroka idea untuk strategi digital dan data yang baharu, dan melaksanakan rancangan tindakan yang sangat berkesan.
Dalam majlis anjuran SCOPE tersebut, Abang Johari turut menasihati sektor korporat negeri ini memulakan perjalanan transformasi digital dengan penjajaran organisasi melalui keupayaan SPEED. SPEED merupakan akronomi kepada strategi, produk, pengalaman, kejuruteraan, dan data.
Pada masa yang sama, beliau juga menggalakkan pelaksanaan Tanggungjawab Diigital Korporat (CDR) yang merangkumi penglibatan aktif dalam membentuk transaksi dan operasi digital berdasarkan prinsip yang beretika.
"Sebagai contoh, syarikat perlu komited untuk memastikan had penggunaan data yang jelas, dan membekalkan pelanggan dengan maklumat yang komprehensif dan telus mengenai skop, niat dan tujuan pengumpulan data mereka. Saya menyokong CDR ke dalam amalan korporat dan ia akan kami amalkan di GLC negeri dan badan berkanun.
CDR tegasnya akan mempercepatkan tahap kemampanan dan integriti di Sarawak kerana ia menggalakkan penggunaan data secara beretika untuk meningkatkan produktiviti, membina kepercayaan pelanggan dan mereka bentuk produk, perkhidmatan dan pengalaman bernilai tinggi.
Selain itu katanya, CDR akan meningkatkan jejak ekologi Sarawak dalam pendigitalan dan bertindak sebagai pelindung kepada aset strategik, rakyat dan alam sekitar negeri ini.
Topic Berkaitan
#transformasi digital
#Abang Johari Tun Openg
#digital
#model perniagaan digital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan