Lisa BLACKPINK dilantik Duta ‘Amazing Thailand’

Lisa (foto) dilantik sebagai Duta Amazing Thailand oleh Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand untuk memperkukuh imej negara sebagai destinasi pelancongan global. -Foto Instagram/lalalalisa_m
BANGKOK: Ikon global K-pop, Lalisa “Lisa” Manoban, hari ini secara rasmi dilantik sebagai Duta ‘Amazing Thailand’ oleh Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT), dalam usaha memperkukuh imej negara itu sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Ringkasan AI
- Lalisa 'Lisa' Manoban secara rasmi dilantik sebagai Duta Amazing Thailand oleh Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT) untuk memperkukuh imej negara sebagai destinasi pelancongan global.
- Kempen promosi bersama Lisa dijangka menarik lima hingga 10 juta pelancong tambahan menjelang tahun hadapan, dengan fokus kepada budaya, alam semula jadi dan gaya hidup Thailand.
- Pelantikan ini disambut baik oleh peminat dan industri pelancongan sebagai langkah strategik memperluas capaian global jenama Amazing Thailand.
Menurut beliau, TAT menyasarkan untuk menampilkan Thailand sebagai destinasi berkualiti dan selamat, di mana pelawat dapat mencipta kenangan bermakna sepanjang perjalanan mereka.
Kempen promosi yang diketuai Lisa dijangka menarik antara lima hingga 10 juta pelancong tambahan menjelang tahun hadapan, sejajar dengan usaha kerajaan Thailand untuk merangsang semula sektor pelancongan pasca pandemik.
Lisa, yang memiliki lebih 100 juta pengikut di media sosial, akan mempromosikan pelbagai aspek budaya, alam semula jadi dan gaya hidup Thailand melalui perspektif baharu yang segar dan inspiratif.
Pelantikan ini turut disambut baik oleh peminat dan penggiat industri pelancongan, yang menyifatkannya sebagai peluang strategik untuk memperluas capaian global jenama Amazing Thailand.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami