awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Abang Johari terima darjah kebesaran Panglima Mangku Negara membawa gelaran Tan Sri

Astro Awani
Astro Awani
13/11/2021
05:37 MYT
Abang Johari terima darjah kebesaran Panglima Mangku Negara membawa gelaran Tan Sri
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengurniakan darjah kebesaran Panglima Mangku Negara (PMN) kepada Abang Johari di Istana Negara - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini menerima darjah kebesaran Panglima Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran Tan Sri pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan di Istana Negara.
Abang Johari yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menerima darjah kebesaran berkenaan sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Turut menerima darjah kebesaran yang sama Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.
Seramai 1,207 individu menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan untuk 2021 manakala beberapa individu merupakan penerima bagi 2020.
Mendahului senarai penerima, bekas Ketua Hakim Negara Tun Richard Malanjum dan bekas Pengerusi Kumpulan Felda Tan Sri Raja Muhammad Alias Raja Muhammad Ali.
Dua tokoh itu dikurniakan darjah kebesaran Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran Tun. Richard adalah penerima SSM bagi 2020 manakala Raja Muhammad Alias merupakan penerima darjah kebesaran itu tahun ini.
Sementara itu 19 individu menerima Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang turut membawa gelaran Tan Sri.
Antaranya Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Abang Iskandar Abang Hashim dan Pengerusi Tetap Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) merangkap Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar.
Topic Berkaitan
#Abang Johari Tun Openg
#Datuk Abang Iskandar Abang Hashim
#Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar
#Yang Dipertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan