KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan pelantikan gabenornya yang baharu Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour berkuat kuasa 1 Julai ini.
Menerusi satu kenyataan media, BNM memaklumkan pelantikan gabenor baharu itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh lima tahun hingga 30 Jun 2028.
Abdul Rasheed akan mengambil alih jawatan daripada Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus yang tamat tempoh perkhidmatan pada 30 Jun ini.
Nor Shamsiah dalam kenyataannya berterima kasih di atas peluang yang diberikan sepanjang lima tahun menerajui BNM yang merupakan suatu penghormatan buat dirinya.
"Saya berterima kasih kerana diberi peluang untuk memimpin bank dan berkhidmat untuk negara, terutamanya semasa keadaan tidak menentu dan sangat penting kepada negara.
"Saya percaya Abdul Rasheed merupakan pilihan yang tepat untuk menerajui Bank sebagai Gabenor, setelah bertahun-tahun bekerjasama rapat dengan beliau.
"Saya yakin dengan keupayaan beliau untuk memimpin Bank bagi terus memenuhi mandat Bank iaitu menggalakkan kestabilan monetari dan kestabilan kewangan yang kondusif bagi pertumbuhan ekonomi Malaysia yang mampan," kata Shamsiah.
Sementara itu, Abdul Rasheed berkata pelantikannya sebagai Gabenor BNM baharu merupakan suatu penghormatan terhadapnya.
"Pelantikan sebagai Gabenor merupakan suatu penghormatan kepada saya. Saya akan meneruskan dan meningkatkan lagi usaha Gabenor Shamsiah.
"Di bawah kepimpinan beliau, Bank terus memenuhi mandatnya untuk menggalakkan kestabilan monetari dan juga kewangan meskipun melalui banyak tempoh yang mencabar termasuk krisis pandemik.
"Beliau juga telah memulakan pelbagai inisiatif pemodenan organisasi untuk membentuk semula dan meletakkan Bank pada kedudukan yang lebih baik untuk memanfaatkan peluang dan menangani cabaran pada masa hadapan.
"Saya akan berusaha dan memberikan yang terbaik dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai Gabenor," katanya.
Abdul Rasheed mula berkhidmat di BNM pada tahun 1988 dan dilantik sebagai Timbalan Gabenor pada tahun 2016.
Beliau kini memegang jawatan sebagai ahli Jawatankuasa Dasar Monetari dan Jawatankuasa Kestabilan Kewangan sejak tahun 2015.
Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi, Universiti Malaya dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Said Business School, Universiti Oxford, Abdul Rasheed antara sosok penting dalam pembangunan dan pelaksanaan Pelan Induk Sektor Kewangan (2000-2010) dan Pelan Sektor Kewangan (2011-2020 dan 2022-2026).
Fareez Azman
Fri Jun 09 2023

Abdul Rasheed akan mengambil alih jawatan daripada Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus yang tamat tempoh perkhidmatan pada 30 Jun ini. -BNM

PBB lulus misi keselamatan bantu Haiti tangani keganasan berkumpulan
Misi itu bukanlah operasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu sendiri, tetapi penempatan tentera yang diketuai oleh Kenya dan disokong secara rasmi oleh Majlis Keselamatan.

SPRM tahan Datuk Seri disyaki kemuka tuntutan palsu RM60,000
SPRM menahan seorang bekas pengerusi sebuah koperasi bergelar Datuk Seri kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu.

China keluar amaran kuning Taufan Koinu
Taufan ke-14 pada tahun ini dijangka membawa angin kencang ke bahagian selatan dan timur negara itu.

GPS komited dengan Kerajaan Perpaduan, mahu suburkan politik berasas pembangunan - Fadillah
Ketidakstabilan politik hanya akan menjauhkan pelabur asing daripada bertapak di negara ini, sekali gus menyukarkan Kerajaan Perpaduan untuk menyuburkan kembali ekonomi negara.
Belanjawan 2024: Ringgit lemah, ubat mahal, siapa tanggung?
Membawakan kupasan mendalam mengenai mata wang lemah, ubat-ubatan yang mahal dan siapa yang harus bertanggungjawab terhadap cabaran ini.

Mindef perkemas perjanjian G2G, pastikan perolehan aset ikut jadual - Adly
Adly menambah Kertas Putih Pertahanan turut menzahirkan iltizam kerajaan untuk ters memperkasakan dasar sains, teknologi dan industri pertahanan dengan menyemarakkan budaya penyelidikan dan inovasi.

Program Pencampuran Biodiesel Nasional bantu kurangkan 45 peratus karbon menjelang 2030 - Fadillah
Pelaksanaan Program Pencampuran Biodiesel Nasional oleh bakal menjanjikan impak positif yang substantif kepada persekitaran negara.

Pas tidak buat rayuan keputusan petisyen Parlimen Kemaman
Keputusan itu dibuat susulan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Anselm Charles Fernandis mengesahkan terdapat unsur rasuah bagi pilihan raya Parlimen berkenaan.

Gelandangan terperangkap dalam longkang diselamatkan bomba
Anggota bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mangsa.

Sultan Nazrin berkenan rasmi INSTUN, Balai Cerap Tan Sri Harussani
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan merasmikan Kompleks Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) dan Balai Cerap Tan Sri Harussani.

Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan - Gabenor Bank Negara
Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan bertunjangkan aktiviti berorientasikan domestik dan disokong keadaan pasaran buruh dan pelaburan menjelang tahun depan.

Orientasi semula keutamaan pelaburan untuk capai SDG pada 2030 - Gabenor BNM
Datuk Abdul Rasheed Ghaffour berkata sektor kewangan berperanan penting untuk menyokong transformasi ekonomi yang mampan.

BNM dijangka kekalkan OPR sehingga akhir tahun
Bank Negara Malaysia dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus sehingga akhir tahun ini.

Adnan Zaylani dilantik sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia
Kementerian Kewangan telah meluluskan pelantikan Adnan Zaylani Mohamad Zahid sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia.

Rizab antarabangsa BNM AS$112.2 bilion
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$112.2 bilion (AS$1=RM4.647)) pada 15 Ogos 2023 berbanding AS$112.9 bilion pada 31 Julai, 2023.

Ringgit tunjuk tanda kenaikan - Gabenor BNM
Ringgit susut sebanyak 5.8 peratus pada suku kedua 2023 namun meningkat sebanyak 1.1 peratus dalam tempoh suku ketiga setakat ini.

BNM terima 250,000 laporan transaksi mencurigakan pada 2022 - Timbalan Gabenor
Unit Perisikan Kewangan Bank Negara Malaysia (FIU) menerima kira-kira 250,000 laporan transaksi mencurigakan (STR) pada 2022 iaitu peningkatan hampir 30 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Rizab antarabangsa Bank Negara berjumlah AS$111.4 bilion pada 30 Jun
Rizab antarabangsa Bank Negara merosot kepada AS$111.4 bilion pada 30 Jun 2023 daripada AS$113 bilion dicatatkan pada 15 Jun 2023.

BNM boleh lebih beransur dalam menaikkan OPR - Ahli ekonomi
OPR berada pada tahap neutral apabila ia mencecah 3.0 peratus, iaitu tidak terlalu ketat dan mencukupi untuk mengendalikan risiko inflasi.

BNM campur tangan di pasaran forex, bendung pergerakan mata wang berlebihan
Bank Negara Malaysia (BNM) mengikut mandatnya, akan campur tangan dalam pasaran pertukaran asing untuk membendung pergerakan mata wang yang dianggap berlebihan.