awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump padam video berunsur perkauman yang gambarkan Obama sebagai kera
Jeneral Rusia ditembak beberapa kali di Moscow
Pasukan forensik siasat lokasi serangan bom bunuh diri di masjid Islamabad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Abdul Wahid tunggu lampu hijau kerajaan

Sinar Harian
Sinar Harian
22/06/2018
02:25 MYT
Abdul Wahid tunggu lampu hijau kerajaan
Abdul Wahid berkata beliau tidak keberatan sekiranya kerajaan menginginkannya untuk kekal menerajui PNB. - Gambar fail
Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tan Sri Abdul Wahid Omar bersedia melepaskan posisinya sekiranya kerajaan Pakatan Harapan (Harapan) mahu beliau berbuat demikian.
Katanya, kesediaan beliau mengosongkan kedudukan itu bukanlah akibat tekanan dari mana-mana pihak.
“Tidak ada sebarang perbincangan antara saya dan kerajaan mengenai kedudukan ini, tetapi adalah menjadi hak kerajaan baharu untuk menggantikan Pengerusi PNB.
“Jawatan ini adalah perkhidmatan kerajaan, Pengerusi PNB menggalas tanggungjawab besar iaitu menjaga 13.4 juta pemegang unit,” katanya dalam satu kenyataan.
Abdul Wahid, tidak keberatan sekiranya kerajaan menginginkannya untuk kekal menerajui PNB.
“Namun, jika situasi sebaliknya, saya berbesar hati untuk meneruskannya.
“Kerana penting untuk Pengerusi PNB untuk mendapat kepercayaan daripada pimpinan baharu,” jelasnya.
Dalam pada itu, untuk tempoh sementara waktu ini, beliau akan terus mempengerusikan PNB dan Sime Darby Property dengan tenaga dan objektif yang sama.
Terdahulu, sebelum ini timbul spekulasi Abdul Wahid bakal meninggalkan PNB tercetus sejak PRU14, 9 Mei lalu.
Dua hari sebelum PRU14, beliau telah mengeluarkan kenyataan mengenai mengapa cukai barangan dan perkhidmatan (GST) harus dikekalkan dan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) adalah bersifat regresif.
Topic Berkaitan
#Abdul Wahid Omar
#cukai
#GST
#kerajaan
#Pakatan Harapan
#Pengerusi PNB
#PNB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan