Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth

Harvard setakat ini belum memberikan maklum balas segera terhadap permintaan komen. - Gambar hiasan/REUTERS
WASHINGTON: Ketua Pentagon, Pete Hegseth, berkata lewat Jumaat bahawa jabatannya menamatkan semua program latihan ketenteraan, felo dan pensijilan bersama Universiti Harvard, langkah yang menandakan peningkatan tekanan pentadbiran Trump terhadap universiti elit Ivy League itu.
“@DeptWar secara rasmi menamatkan SEMUA Pendidikan Ketenteraan Profesional, felo dan program sijil dengan Harvard University,” kata Hegseth dalam satu kenyataan di platform media sosial X, sambil melabelkan Harvard sebagai “woke”.
Pentadbiran Presiden Donald Trump sebelum ini mengambil tindakan keras terhadap universiti-universiti terkemuka di Amerika Syarikat (AS), termasuk Harvard, berhubung pelbagai isu seperti protes pro-Palestin terhadap serangan sekutu AS, Israel, ke atas Gaza, selain program kepelbagaian, dasar transgender dan inisiatif berkaitan iklim.
Kumpulan pembela hak asasi manusia menyuarakan kebimbangan bahawa tindakan sedemikian boleh menjejaskan kebebasan bersuara, kebebasan akademik dan prinsip proses sewajarnya.
Harvard setakat ini belum memberikan maklum balas segera terhadap permintaan komen.
Universiti itu sebelum ini memfailkan saman terhadap pentadbiran Trump berhubung usaha kerajaan membekukan pembiayaan persekutuan kepada institusi berkenaan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


