[ACARA] Sambutan hari wanita 2015 peringkat kebangsaan

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui agensinya Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) akan menganjurkan Sambutan Hari Wanita 2015 Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC) pada 24 Ogos 2015. Majlis akan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
unnamed-(1).jpg

Tema sambutan Hari Wanita (Kebangsaan) 2015 kali ini adalah 'Raikan Kegemilangan' di mana setiap kejayaan dan pencapaian wanita di Malaysia terutamanya yang boleh dibanggakan harus diberi pengiktirafan yang sewajarnya agar wanita yang lain turut mengambil inisiatif dan juga berusaha dengan lebih kuat untuk terus maju.
Selamat menyambut hari wanita kepada semua wanita di Malaysia. Di jemput hadir