awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krismas: TPM Fadillah ajak rakyat terus perkukuh perpaduan, saling menghormati
Itali tangkap ketua mafia yang lama diburu di pangsapuri rahsia di Naples
Forest City berpotensi selesai isu kesesakan trafik, kepadatan penduduk Johor Bahru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ada apa dengan kepala singa Kylie Jenner?

Agensi
Agensi
24/01/2023
05:22 MYT
Ada apa dengan kepala singa Kylie Jenner?
'Gaun singa' itu merupakan pra-keluaran daripada koleksi couture Spring-Summer 2023 gedung fesyen Schiaparelli.- Instagram/kyliejenner
USAHAWAN fesyen dan pemengaruh terkenal Kylie Jenner mencuri perhatian di pertunjukan fesyen couture Schiaparelli di Paris apabila tiba dengan gaun tanpa tali baldu hitam, lengkap dihiasi dengan kepala singa bersaiz sebenar.
Bukan sekadar cubaan menarik perhatian, busana merupakan sebahagian pakaian pra-keluaran daripada koleksi couture Spring-Summer 2023 gedung fesyen terkemuka itu.
Kepala singa palsu hiper-realistik (lengkap dengan surai terawat) itu menutupi hampir keseluruhan tubuh Jenner. Dia melengkapkan gayanya itu dengan sepasang kasut Schiaparelli hitam dengan corak timbul keemasan.
Sejurus selepas mengambil tempat duduknya, 'singa' Jenner muncul pula di landasan bersama beberapa siri kumpulan haiwan yang lain.
Koleksi itu diilhamkan oleh "Inferno" Dante dan metafora keraguan serta kesukaran perjalanan kreatif yang dialami semua artis, tulis pengarah kreatif Daniel Roseberry.
Mengambil inspirasi tiga jenis haiwan yang muncul dalam puisi abad ke-14, Roseberry membayangkan semula harimau bintang, singa dan serigala betina dalam koleksi yang masing-masing melambangkan nafsu, kesombongan dan ketamakan.
Supermodel Naomi Campbell pula menggayakan kot bulu tiruan hitam berkotak dengan kepala serigala di bahu kiri, manakala model Kanada, Shalom Harlow memakai gaun dengan kepala harimau salji di bahagian dada.
Semua rekaan direka sepenuhnya dengan tangan daripada resin buih dan bahan buatan manusia yang lain.
Namun, walaupun Schiaparelli menyatakan bahawa rekaan-rekaan itu adalah "faux-taxidermy," visualnya tetap sukar diterima pengguna media sosial yang mendapati koleksi itu sukar untuk dihargai.
Tetapi bagi Roseberry, jika pakaian itu menimbulkan ketakutan, maka mereka melakukan tugas dengan baik.
"Inferno, Purgatorio, Paradiso: Seseorang tidak boleh wujud tanpa yang lain," dia membuat kesimpulan dalam nota persembahan.
"Ia adalah peringatan tidak ada syurga tanpa neraka, tidak ada kegembiraan tanpa kesedihan, tidak ada ekstasi penciptaan tanpa keraguan," tambahnya lagi.
Topic Berkaitan
#Kylie Jenner
#Schiaparelli
#fesyen
#Naomi Campbell
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan