awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Negara perlu cepat adaptasi ilmu AI, garis panduan keselamatan - MCCA
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Adakah benar Najib rayu dikenakan tahanan rumah?' - Ismail Sabri

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
07/03/2024
06:21 MYT
'Adakah benar Najib rayu dikenakan tahanan rumah?' - Ismail Sabri
Ismail Sabri juga mahu tahu adakah perkara itu dibincangkan semasa pembentangan rayuan pengampunan Najib baru-baru ini.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu kerajaan menjawab adakah benar rayuan pengampunan Datuk Seri Najib Razak turut melibatkan pertukaran tempat tahanan dari penjara ke tahanan rumah.
Dalam perbahasan Usul Menjunjung Titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat pada Khamis, Ahli Parlimen Bera itu juga mahu tahu adakah perkara itu dibincangkan semasa pembentangan rayuan pengampunan Najib baru-baru ini.
“Saya difahamkan ada lampiran membuat rayuan supaya beliau ditukarkan tempat tahanan, dari tahanan di penjara ke tahanan di rumah.
“Saya difahamkan pekara ini ada sebagai lampiran dalam petisyen permohonan rayuan tersebut. Jadi soalan saya apakah ini benar atau tidak?
“Kalau ia benar, adakah ia dibincangkan semasa pembentangan rayuan tersebut dan apakah keputusannya,” soal beliau.
BACA: Kerajaan setuju secara prinsip laksana tahanan rumah untuk banduan - Saifuddin Nasution
Astro AWANI sebelum ini melaporkan Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya mengesahkan Najib akan dibebaskan pada 23 Ogos 2028.
Tarikh itu adalah enam tahun lebih awal daripada tempoh hukuman sepatutnya selain jumlah denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.
Menurut kenyataan dikeluarkan urusetia lembaga berkenaan, keputusan itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-61 yang bersidang pada 29 Januari lalu.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#Najib Razak
#tahanan rumah
#Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan