awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Adakah kerana miskin, ada kes lampau saya boleh dilayan seperti sampah? - 'Abang Belon'

Sinar Harian
Sinar Harian
06/04/2025
09:00 MYT
Adakah kerana miskin, ada kes lampau saya boleh dilayan seperti sampah? - 'Abang Belon'
'Abang Belon' membuat laporan polis buat pertama kali selepas tujuh hari dirawat di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang.
KUALA LUMPUR: Penjual belon yang terbabit dalam insiden kekasaran dengan penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), mempersoalkan layanan kasar dan tidak berperikemanusiaan terhadapnya walaupun mungkin tindakan itu dibuat atas alasan dia memiliki rekod jenayah lampau.
Muhammad Zaimuddin Azlan, 28, atau lebih dikenali sebagai 'Abang Belon' berkata, dia hanya menjual belon demi sesuap nasi.
“Adakah kerana saya pernah ada kes, maka saya tidak boleh mencari rezeki halal? Saya bukan menjual dadah tetapi berniaga belon untuk menyara hidup. Kalau saya bekas penjenayah sekalipun, itu bukan lesen untuk sesiapa memperlakukan diri secara zalim.
“Kalau saya miskin, susah dan ada kes lampau, adakah penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) boleh layan saya seperti sampah? Adakah saya tidak berhak untuk melawan dan mempertahankan diri?” katanya dalam satu sidang akhbar selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini, pada Ahad.
Pemuda itu membuat laporan polis berkenaan selepas tujuh hari dirawat di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang kerana dipercayai mengalami kecederaan serius susulan didakwa dikasari oleh penguat kuasa DBKL di hadapan pusat beli-belah Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) pada 28 Mac lalu.
Sebelum ini, tular satu video memaparkan kekecohan antara lelaki terbabit dengan anggota penguat kuasa DBKL ketika proses penyitaan barangan di tepi jalan berkenaan.
Muhammad Zaimuddin mendakwa, dalam insiden itu dia dipukul, dicekup leher dan ditendang ketika sedang berniaga belon.
Menurutnya, perniagaan menjual belon dilakukan secara sambilan kerana pekerjaan tetapnya sebagai kedi golf tidak mendapat banyak permintaan sepanjang bulan Ramadan.
Justeru, Muhammad Zaimuddin berkata, dia akan mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap pihak berkuasa demi mempertahankan maruah diri dan keluarganya.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya dan keluarga. Saya hendak berubah, bukan mudah jadi orang miskin.
“Kepada mereka yang memberi komen dan kata-kata hinaan, saya doakan agar apa yang berlaku kepada saya tidak akan dilalui oleh anda semua. Saya telah melihat video tular itu di media sosial dan ingin memohon maaf kepada seluruh keluarga,” ujarnya.
Muhammad Zaimuddin turut menggesa pihak berkuasa supaya menjaga integriti serta bertindak mengikut lunas undang-undang.
“Kepada pihak berkuasa, tolong jaga integriti dan bertindak mengikut undang-undang. Saya hanya mencari sesuap nasi bagi diri dan keluarga.
“Kami juga berhak menyambut hari raya seperti orang lain. Saya akan tetap lawan kerana perkara ini zalim,” dakwanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Abang Belon
#DBKL
#laporan polis
#rekod jenayah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan