Adakah Malaysia bersedia gelombang baharu COVID-19?

Sinar Harian
Disember 29, 2022 21:30 MYT
Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. - Gambar fail
SHAH ALAM : Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad membangkitkan persoalan sama ada kerajaan sudah bersedia untuk berhadapan dengan gelombang baharu COVID-19 dari China, berikutan situasinya yang dilihat masih kritikal.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor berkata, ramai rakyat negara berkenaan disahkan positif di Itali sejurus satu pemeriksaan dibuat ketika mereka tiba di Lapangan Terbang Milan, baru-baru ini.
“Dengan lebih daripada 50 peratus rakyat China disahkan positif sebaik tiba di Lapangan Terbang Milan, koordinasi peringkat global perlu lebih bersedia.
“Adakah Malaysia bersedia?” soalnya dalam satu ciapan di Twitter pada Khamis.

With more than 50% of Chinese citizens positive on landing at Milan Airport, global alarm bells and coordination need to be louder. India, Japan & the US requiring a negative Covid test from China. Is Malaysia ready..? Not something to ignore...but not overly alarmist though. https://t.co/LxUg9ZtATL

— Dzulkefly Ahmad (@DrDzul) December 29, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Memetik laporan antarabangsa, Malaysia merupakan antara 10 negara pilihan rakyat China untuk melancong menerusi carian di laman web Trip.com Group.
Pengendali laman web berkenaan turut menyenaraikan beberapa negara lain yang menjadi pilihan warga tersebut seperti Jepun, Thailand, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Singapura, Australia, United Kingdom, Macau dan Hong Kong.
Sebelum ini, Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China pada Isnin mengumumkan pelancong yang tiba ke negara itu tidak lagi perlu dikuarantin bermula 8 Januari depan sekali gus menamatkan polisi hampir tiga tahun.
Pihak berkuasa juga memaklumkan, warganya turut dibenar untuk melancong ke luar negara tanpa perlu memberikan butiran perjalanan. - Sinar Harian
#COVID-19 #China #gelombang baharu #Dr Dzulkefly Ahmad