Seandainya benar pertemuan ahli politik pembangkang dengan warga Switzerland, Xavier Andre Justo, maka penganalisis politik menyifatkan ia sebagai petanda wujudnya konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Prof Datuk Dr Zainal Kling berpendapat pertemuan sulit antara beberapa individu dari Malaysia dengan bekas eksekutif PetroSaudi International Ltd (PetroSaudi) itu dilihat sebagai satu konspirasi politik untuk menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Laporan media sebelum ini menyebut pemimpin pembangkang telah mengadakan pertemuan dengan Justo untuk membeli maklumat sulit daripadanya untuk memburuk-burukkan kerajaan Malaysia berkaitan dengan projek usahasama PetroSaudi dengan syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Justo, 49, ditahan oleh polis Thailand di pulau peranginan Koh Samui, pada 22 Jun lepas selepas PetroSaudi membuat laporan terhadapnya atas dakwaan memeras ugut bekas majikannya itu.
"Perkara ini dicetuskan berikutan ada kompromi orang dalaman dengan orang luar...namun peranan orang dalaman inilah yang sangat tidak bertanggungjawab, menjadi pencetus untuk menjatuhkan imej negara dengan pelbagai laporan skandal mengenai 1MDB," kata Zainal.
Menurutnya, pihak luar dilihat mahu memburukkan imej kerajaan Malaysia di mata dunia kerana cemburu dengan kejayaan negara dalam pelbagai bidang.
"Mereka tidak tahan dengan pelbagai pujian mengenai kejayaan Malaysia dan kali ini mahu pula mendedahkan kepada masyarakat umum betapa teruknya kerajaan," katanya.
Dalam pada itu, Prof Madya Dr Zaid Ahmad pula berpendapat selagi tiada bukti dan petunjuk yang jelas, senario itu boleh diandaikan sebagai perang saraf antara parti politik.
"Namun jika benar ada konspirasi, ia mesti disusuli dengan tindakan mendakwa mereka ini atas cubaan menjatuhkan kerajaan yang sah tanpa melalui cara demokrasi," katanya.
Bagaimanapun, katanya adalah tidak adil untuk meletakkan kesalahan kepada pihak luar kerana mereka tidak mempunyai kuasa untuk menentukan hala tuju negara ini.
Bernama
Mon Jul 20 2015
Jika benar ahli politik pembangkang ada berjumpa dengan Justo, penganalisis politik menyifatkan ia sebagai petanda wujudnya konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Najib (gambar).
Agenda AWANI: Banjir 2.0 | Jaga nyawa diri dan anggota penyelamat
Siap siaga lebih awal, tambah baik pergerakan operasi dan penyelarasan keperluan aset dan logistik. Itu persediaan yang dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dalam misi bantuan banjir gelombang kedua dan seterusnya. Temu bual bersama KP JBPM Datuk Noor Hisham Mohammad 8.30 malam ini.
AWANI Ringkas: LRT Mutiara | Sidang Parlimen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Mahkamah | Dadah | Kes Hilang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pindaan RUU 588: Satira, parodi bukan lagi jenayah selagi tidak ‘jelik melampau’ - Fahmi
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata Rang Undang-undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 menegaskan kebebasan dan hak bersuara rakyat dalam batas yang khusus. Jelasnya dalam pindaan ini, kesalahan dibawah Seksyen 233 tidak lagi menjadikan satira dan parodi sebagai suatu jenayah secara automatik.
Faisal Halim antara 94 penerima Anugerah Sultan Selangor
Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim menerima pingat darjah kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena ulang tahun hari keputeraan ke-79 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Rabu.
Faisal atau dikenali dengan panggilan Mickey antara 94 penerima darjah dan bintang kebesaran yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Faisal atau dikenali dengan panggilan Mickey antara 94 penerima darjah dan bintang kebesaran yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Banjir surut, penduduk pulang, tetapi siap sedia kembali ke PPS
Situasi banjir di Terengganu yang mula surut ketika ini membolehkan penduduk terjejas pulang ke kediaman masing-masing, namun mereka sentiasa siap sedia untuk kembali semula ke PPS dalam tempoh Monsun Timur Laut ini.
MTDC perkukuh teknologi tempatan dengan pelancaran dana MySTI
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) di bawah program MySTI, dalam usaha memperkukuhkan inovasi dan pengkomersialan teknologi tempatan.
Kerajaan pandang serius isu penyamaran nelayan asing
Jika terdapat penyalahgunaan lesen, tindakan tegas akan diambil di bawah Seksyen 13 Akta Perikanan 1985 termasuk penggantungan atau pembatalan lesen vesel.
Situasi di Semenanjung Gaza semakin merosot - Pegawai PBB
Penyelaras Kanan PBB berkata, sejak April lepas UNSC telah diingatkan mengenai risiko keruntuhan undang-undang dan ketenteraman.
Mahkamah benarkan kerajaan halang PetroSaudi guna dana RM1.61 bilion
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu membenarkan permohonan kerajaan untuk menghalang PetroSaudi International Ltd (PSI) dan pengarahnya, Tarek Obaid, daripada menggunakan dana sebanyak AS$340 juta (RM1.61 bilion) yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan perintah larangan tersebut selepas pihak pendakwa raya berjaya membuktikan melalui afidavit bahawa dana AS$340 juta itu merupakan subjek atau bukti dalam kesalahan pengubahan wang haram.
Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan perintah larangan tersebut selepas pihak pendakwa raya berjaya membuktikan melalui afidavit bahawa dana AS$340 juta itu merupakan subjek atau bukti dalam kesalahan pengubahan wang haram.
Kerajaan berjaya sekat PSI daripada guna AS$340 juta dana dikaitkan dengan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk menyekat PetroSaudi International Ltd dan pengarahnya menggunakan AS$340 juta yang dikaitkan dengan 1MDB.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Najib nafi arah pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1MDB
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak pernah mengarahkan pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kes 1MDB: Siasatan terhadap Roger Ng masih berjalan - KPN
Polis masih menjalankan siasatan terhadap bekas Ketua Perbankan Pelaburan Goldman Sachs di Malaysia, Roger Ng, berhubung skandal 1MDB.
Najib nafi dakwaan usaha sama 1MDB adalah untuk kepentingan UMNO
Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan bahawa 11MDB dan usaha sama projeknya diwujudkan untuk kepentingan peribadinya atau untuk mengukuhkan UMNO.
1MDB: Najib dakwa AS dan pembangkang ketika itu jatuhkan kerajaannya
Najib mendakwa Amerika Syarikat bawah pimpinan Demokrat sebelum ini bekerjasama dengan pembangkang Malaysia ketika itu untuk menjatuhkan beliau dan kerajaan yang diterajuinya pada 2018.
Saya sentiasa telus, tiada apa yang hendak disembunyikan mengenai derma Arab Saudi - Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu beliau telus dan tidak ada apa-apa untuk disembunyikan mengenai derma Arab Saudi.
Saya secara palsu dikaitkan dengan perbuatan salah laku Jho Low - Najib
Najib memberitahu bahawa beliau secara palsu dilibatkan dalam perbuatan salah laku ahli perniagaan, Low Taek Jho berkaitan hal ehwal 1MDB.
Dakwaan Ahmad Husni terhadap saya amat menyakitkan - Najib
Najib berkata dakwaan Ahmad Husni bahawa beliau telah mengarahkan bekas Menteri Kewangan II itu agar tidak campur tangan dengan 1MDB adalah tidak benar sama sekali.
Najib nafi bertanggungjawab atas kerugian AS$1 bilion dalam pelaburan 1MDB
Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan bahawa beliau bertanggungjawab bagi kerugian pelaburan AS$1 bilion dalam usaha sama 1MDB dan PetroSaudi.