awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jasamu kami kenang sampai akhir hayat, kata Afnan Hamimi kepada Muhyiddin
Muhyiddin letak jawatan Pengerusi PN
Pas bakal putuskan status hubungan dengan Bersatu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ADGMIN1: COVID-19 percepat pertumbuhan ekonomi digital Malaysia - Muhyiddin

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
21/01/2021
04:11 MYT
ADGMIN1: COVID-19 percepat pertumbuhan ekonomi digital Malaysia - Muhyiddin
Muhyiddin berkata sejak wabak itu bermula, perubahan berlaku hampir setiap hari yang memerlukan proses adaptasi yang cepat. -Astro AWANI/SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR:Pandemik COVID-19 yang melanda dunia sejak setahun lalu telah mempercepat pertumbuhan ekonomi digital di Malaysia.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sejak wabak itu bermula, perubahan berlaku hampir setiap hari yang memerlukan proses adaptasi yang cepat.
"Kerajaan telah mengenal pasti ekonomi digital sebagai salah satu bidang pertumbuhan ekonomi utama untuk pertumbuhan yang mapan sambil memastikan pengagihan yang adil dan saksama.
"Kita akan melaksanakan janji kemakmuran bersama, dengan fokus memperkasakan rakyat Malaysia dengan kemahiran digital, memudahkan perniagaan digital dan memacu pelaburan digital," katanya dalam ucap tama pada ASEAN Digital Ministers' Meeting, hari ini.
Ucapan Perasmian Asean Digital Ministers Meeting' (ADGMIN1) oleh Perdana Menteri
ASEAN, kata Muhyiddin, telah menyaksikan kemajuan dalam persekitaran digital walaupun tahap kemajuannya mungkin berbeza dari satu negara anggota ke negara yang lain.
“Seperti yang anda semua sedia maklum, Pelan Pembangunan Komuniti Ekonomi ASEAN 2025 (AEC 2025) meletakkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai pemacu utama dalam transformasi ekonomi dan sosial ASEAN.
"AEC 2025 akan mendorong ASEAN menuju ke arah ekonomi digital yang tersusun, lestari dan transformatif dan memanfaatkan ICT untuk ASEAN yang lebih inovatif, inklusif dan bersepadu," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#ASEAN
#ADGMIN1
#COVID-19
#pandemik
#ASEAN Digital Ministers Meeting
#pertumbuhan ekonomi digital
#pelaburan digital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan