awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan dipersembahkan taklimat pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil
Jasamu kami kenang sampai akhir hayat, kata Afnan Hamimi kepada Muhyiddin
Muhyiddin letak jawatan Pengerusi PN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pas bakal putuskan status hubungan dengan Bersatu

Sinar Harian
Sinar Harian
30/12/2025
00:40 MYT
Pas bakal putuskan status hubungan dengan Bersatu
Khairul Nadzir Helmi Azhar. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Pas akan mengadakan mesyuarat khas dalam masa terdekat bagi menentukan status hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), susulan krisis politik di Perlis yang semakin meruncing selepas pelantikan Menteri Besar baharu.

Ringkasan AI
  • Pas akan mengadakan mesyuarat khas dalam masa terdekat bagi menentukan status hubungan dengan Bersatu selepas krisis politik di Perlis.
  • Pas masih belum membuat keputusan rasmi berhubung kerjasama dengan Bersatu, tetapi isyarat retak dalam hubungan PN muncul selepas pelantikan Menteri Besar Perlis baharu.
  • Pas mengecam Bersatu kerana gagal mengadakan mesyuarat bersama parti gabungan sejak krisis berlaku, sementara Pas menekankan kepentingan penyatuan ummah yang melibatkan semua parti yang berpaksikan perjuangan Melayu-Islam.

Ketua Penerangan Pemuda Pas, Khairul Nadzir Helmi Azhar berkata, keputusan sama ada kerjasama sebagai rakan gabungan dalam Perikatan Nasional (PN) diteruskan atau ditamatkan dijangka dimuktamadkan dalam mesyuarat tersebut sebelum diumumkan kepada umum.
“Pas sebelum ini pernah menjalin hubungan dengan pelbagai gabungan parti, jadi soal berpisah atau tidak (dengan mana-mana pihak) adalah satu kebiasaan dalam dunia politik.
“Setakat ini, masih belum ada keputusan rasmi kerana satu mesyuarat khas akan diadakan untuk membincangkannya,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.
Terdahulu, muka depan akhbar ini melaporkan bahawa pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu, Abu Bakar Hamzah sebagai Menteri Besar Perlis ke-12 pada Ahad dilihat menjadi ‘duri dalam daging’ kepada hubungan PN antara Bersatu dan Pas.
Beberapa pimpinan utama Pas dilihat mula memberi isyarat dan amaran terhadap Bersatu, termasuk Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang memuat naik status “retak menanti belah” di media sosial.
Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pula memberi bayangan bahawa Pas mungkin mempertimbangkan kerjasama semula dengan UMNO menerusi Muafakat Nasional (MN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Khairul Nadzir turut membidas Bersatu yang mengetuai PN kerana gagal memanggil sebarang mesyuarat atau pertemuan bersama parti-parti gabungan sejak Pas menggantung serta-merta keahlian tiga ADUN yang menarik sokongan terhadap Menteri Besar ketika itu, Mohd Shukri Ramli.
“Sikap berdiam diri Bersatu amat mengecewakan kerana rakyat menantikan tindakan seterusnya. Krisis ini semakin membesar tanpa usaha konkrit untuk diselesaikan segera.
“Bersatu... belajarlah untuk bermesyuarat apabila berlaku konflik. Kita lihat tiada langkah jelas daripada mereka. Pengerusi PN ialah Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tetapi sehingga kini tiada sebarang mesyuarat atau pertemuan rasmi diadakan,” katanya.
Mengulas lanjut, Khairul Nadzir menyatakan bahawa krisis yang berlaku mendedahkan sifat sebenar rakan gabungan dan berbeza dengan sikap Pas yang sentiasa setia dalam hubungan politik.
“Kami percaya itu perangai sebenar mereka. Kita anggap mereka sebagai rakan, tetapi tidak mudah membuktikan setiakawan. Pendirian ini selari dengan kenyataan pimpinan lain termasuk Ketua Penerangan Pas Pusat.
“Pas tidak pernah mengkhianati kawan sejak penubuhannya. Kita pernah bersama Semangat 46, Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat, tetapi tidak pernah berbuat demikian. Dalam sejarah, Pas sering dikhianati, bukan sebaliknya. Jika mahu belajar setia, belajarlah dengan Pas,” ujarnya.
Ketika ditanya mengenai pelawaan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh agar Pas bekerjasama semula dengan UMNO untuk menghidupkan MN, Khairul Nadzir menjelaskan bahawa Pas mahukan lebih daripada sekadar MN.
“Kita mahukan penyatuan ummah secara menyeluruh, melibatkan parti-parti kebangsaan yang berpaksikan perjuangan Melayu-Islam dan kemerdekaan sejak dahulu hingga kini.
“Penyatuan ummah ini telah disebut sebanyak tiga kali oleh Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasar beliau di tiga siri muktamar yang lepas,” jelasnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PAS
#Bersatu
#Perikatan Nasional
#Mesyuarat Khas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan