KUANTAN: Selepas hampir lima bulan menerima suntikan terapi genetik Zolgensma bernilai lebih RM9 juta, Muhammad Athif Fahri Mohd Farhan yang menghidap Atrofi Otot Spina (SMA) jenis satu mula menunjukkan perkembangan positif dari segi pergerakan dan pernafasan.
Ibunya, Nur Azizah Zamri, 33, bersyukur dengan perkembangan anaknya dan menganggap Athif yang berusia 21 bulan seolah-olah bayi yang baru dilahirkan semula.
Menurutnya, Athif kini dalam proses pembelajaran mengenal semula dan menggunakan deria serta ototnya kerana sebelum ini anak bongsunya itu hanya mampu terbaring.
"Alhamdulillah, selepas terima suntikan itu banyak perkembangan positif Athif. Dulu langsung tak boleh bergerak, hanya terbaring, kini dia sudah boleh gerakkan tangan dan kaki.
"Kalau sebelum ini, 24 jam bergantung kepada alat bantu pernafasan tapi kini banyak perkembangannya, kalau waktu mandi pun dia sudah boleh bertahan selama 30 minit tanpa guna alat bantu pernafasan," katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Nur Azizah berkata, perubahan paling ketara apabila Athif sudah boleh didukung dan mukanya tidak lagi berubah kebiruan ketika duduk.
"Athif juga sudah mula bersuara dan kini sudah pandai menjerit memanggil kakaknya,” ceritanya yang teruja berkongsi perkembangan positif anaknya itu.
Dalam pada itu, tambah Nor Azizah, Athif kini sedang menjalani tiga sesi latihan iitu terapi pertuturan, terapi cara kerja dan fisioterapi selama dua jam setiap hari di Pusat Kesihatan dan Rehabilitasi WQ Park di Indera Mahkota.
"Sesi latihan itu dijalankan bagi merangsang deria dan otot Athif. Kami tidak akan putus asa dan akan membawanya untuk menjalani semua sesi itu daripada Isnin hingga Jumaat.
"Sekarang Athif juga dalam proses belajar untuk telan makanan, angkat kepala semasa meniarap dan belajar untuk pusing badan,” katanya.
Selain itu, Nur Azizah berkata, dia dan suaminya, Mohd Farhan Mohd Sait juga bersyukur kerana tidak lagi perlu membawa Athif untuk menjalani rawatan susulan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dalam kadar yang kerap.
Katanya, sebaliknya mereka perlu membawa Athif seminggu sekali untuk pemantauan perkembangannya selepas menerima suntikan terapi genetik itu.
“Athif hanya perlu hadir untuk pemeriksaan susulan tiga bulan sekali di PPUM bermula tahun hadapan,” katanya.
Sebelum ini, Sinar Harian menyiarkan kisah Athif yang menderita penyakit SMA jenis satu dan memerlukan memerlukan suntikan ubat jenis genetik Zolgensma bernilai kira-kira AS$2.1 juta atau RM9.7 juta untuk kesan pulih seumur hidup.
Pada 14 Jun lalu, Kerajaan Pahang memberi jaminan akan menanggung baki kos perubatan Muhammad Athif sekiranya dana masih belum mencukupi. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Dec 21 2023
Nur Azizah bersyukur dengan perkembangan anaknya dan menganggap Athif yang berusia 21 bulan seolah-olah bayi yang baru dilahirkan semula. - Gambar/ Sinar Harian
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
Adik Athif boleh gerakkan tangan, kaki selepas suntikan RM9 juta
Muhammad Athif Fahri Mohd Farhan yang menghidap Atrofi Otot Spina (SMA) jenis satu mula menunjukkan perkembangan positif dari segi pergerakan dan pernafasan.