KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini hari ini diberitahu bahawa ahli perniagaan Datuk SM Faisal SM Nasimuddin telah memukul bekas isterinya, Emilia Hanafi, sejak 2011.
Adik perempuan Emilia, Elisa Nani Hanafi, 38, berkata pada 20 Okt 2015, kakaknya memaklumkan bahawa beliau telah dipukul oleh SM Faisal dan berkongsi foto mengenainya melalui aplikasi WhatsApp.
"Emilia memberitahu saya bahawa perkara itu berterusan selama tiga hingga empat tahun dan beliau tidak memberitahu sesiapa atau mahu sesiapa tahu serta meminta saya merahsiakannya," kata saksi pendakwaan keenam itu ketika membacakan pernyataannya pada perbicaraan kes SM Faisal yang didakwa sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Emilia.
Beliau berkata Emilia turut menghantar foto kesan lebam di paha dan tangannya pada kira-kira 8 malam 20 Okt 2015 bersama kad hari jadi untuk SM Faisal.
"Saya tanya kakak apa yang berlaku. Kakak kata Faisal tiba dari luar negara antara pukul 2 hingga 3 petang dan dia bersama anak lelakinya telah pergi ke lapangan terbang untuk menjemput Faisal sebagai kejutan.
"Setibanya di rumah, kakak masakkan dia (SM Faisal) makanan sihat kerana tahu Faisal sedang berdiet iaitu salmon dengan sos lemon, avokado, buah zaitun dan bayam.
"Apabila makanan itu dihidangkan, Faisal melemparkan pinggan berisi makanan itu ke arah kakak dan pinggan itu telah berkecai. Dia turut campak Emilia ke lantai beberapa kali. Selepas insiden itu, Emilia memberitahu saya bahawa Faisal telah mengoyakkan kad hari jadi itu dan mengunci bilik tidur mereka yang terletak di tingkat tiga supaya Emilia tidak boleh masuk," katanya.
Saksi itu berkata beliau telah mendesak Emilia agar memaklumkan perkara itu kepada orang yang lebih berumur dan matang untuk mendapatkan nasihat, bagaimanapun, Emilia tidak setuju kerana tidak mahu ibu mereka susah hati.
"Saya kemudian mencadangkan agar kakak memaklumkan Mak iaitu ibu SM Faisal dan selepas didesak, barulah dia bersetuju," katanya sambil menambah mereka bertemu ibu SM Faisal di kediaman wanita itu di Bukit Tunku.
Elisa Nani juga berkata ibu SM Faisal menasihati Emilia agar membuat laporan polis namun wanita itu enggan berbuat demikian kerana tidak mahu memalukan suaminya dan keluarga mereka.
Pada 22 Nov 2015, Emilia memaklumkan bahawa SM Faisal terus memukulnya dan meminta beliau menghubungi polis supaya segera ke rumah mereka di Serene Kiara kerana dia berasa takut.
"Saya telah meminta suami iaitu Carl untuk menemani saya ke rumah Emilia dan SM Faisal serta menghubungi polis untuk memaklumkan perkara itu," katanya.
Elisa Nani berkata SM Faisal telah menyambut kedatangan mereka dengan baik dan seorang anggota polis telah menyoal SM Faisal "Masalah apa ini?"
"Faisal jawab 'Masalah rumah tangga, benda kecil sahaja, tak apa, adik ipar saya sudah sampai," kata saksi itu sambil menambah beliau kemudian ke tingkat untuk mendapatkan Emilia.
Emilia membuka pintu bilik dan kelihatan ketakutan sebelum mereka berpelukan sambil menangis dan saksi itu melihat lebam pada muka kakaknya yang kemudian meminta pertolongan polis sambil menjelaskan bahawa beliau telah diserang serta dipukul.
SM Faisal, 43, didakwa mencederakan Emilia, 43, di sebuah rumah di Desa Sri Hartamas, Brickfields di sini antara 12.30 tengah hari dan 4.30 petang 22 Nov 2015 mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 326A kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Majistret Nadia Othman bersambung 5 Jan depan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 06 2022

Saksi itu berkata Emilia (gambar) turut menghantar foto kesan lebam di paha dan tangannya pada kira-kira 8 malam 20 Okt 2015 bersama kad hari jadi untuk SM Faisal. - Gambar fail

Rumah, kenderaan rosak dihempap pokok tumbang akibat hujan lebat
15 pokok tumbang akibat kejadian hujan lebat sehingga menjejaskan bahagian hadapan tujuh rumah.

Kerajaan Perancis: Terselamat daripada undi tidak percaya
Kerajaan Perancis terselamat daripada undi tidak percaya selepas meneruskan rancangan naikkan umur pencen di negara itu.

AWANI Pagi: Peranan MTDC sebagai pemangkin perniagaan teknologi
Ikuti diskusi #AWANIPagi bersama CEO Doluvo, Rose Yasmin Abdul Karim dan CEO Cell Tissue Technologies, Dr Khairul Idzwan Baharim untuk mengetahui bagaimana MTDC membangunkan teknologi baharu?

Lulus dana penyelamatan AS$ 3 bilion kepada Sri Lanka
IMF luluskan dana AS$ 3 bilion kepada Sri Lanka untuk selamatkan negara itu daripada krisis kewangan terburuk.

Gesa Israel tarik balik kenyataan menteri Israel terhadap Palestin
Ketua Dasar EU, Josep Borell gesa Israel tarik balik kenyataan seorang Menteri Israel terhadap Palestin.

IMF lulus dana penyelamatan AS$3 bilion kepada Sri Lanka
Pengarah Urusan IMF, Kristalina Georgieva berkata, Sri Lanka juga perlu melakukan pelbagai pembaharuan.

Basikal buluh buatan Sarawak akan masuk pasaran China tahun ini
Basikal buluh akan dibuat menggunakan buluh tempatan dikenali sebagai 'Bambusa Nana' yang kukuh.

Cadangan cagar wang caruman KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Perdana Menteri ditanya mengenai justifikasi cadangan itu dan berapakah kadar faedah yang dikenakan.
![AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [21 Mac 2023] AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [21 Mac 2023]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2014914/32899350691679358950603_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [21 Mac 2023]
Ketahui berita yang anda perlu tahu bersama Afiezy Azaman dan Fahmi Izzudin Antara fokus AWANI Pagi: - Pecah monopoli Touch ‘n Go, wujud persaingan sihat. - Jemaah B40 dan M40 layak terima bantuan. - Kerajaan akan pinda RUU umur p-hailing kepada 18 tahun.

Jiwa SME | Agar-agar kering laris dalam talian
Muhammad Shohimil Haffiz Salleh, seorang pemuda dari Kampung Undang, Kuala Terengganu, berjaya menghidupkan semula pemanis mulut tradisional agar-agar kering dengan gaya dekorasi yang lebih menarik untuk menarik minat generasi muda. Dengan menggunakan platform media sosial, produknya telah berjaya menembusi pasaran di dalam dan luar negara serta meraih pendapatan melebihi RM100 ribu setahun.

"Saya jual makanan untuk tanggung tiga anak" - Emilia
Emilia bekerja sambilan kerana perlu menguruskan persekolahan tiga anak lelakinya termasuk menghantar dan mengambil mereka dari sekolah.

Bicara kes SM Faisal: Anak lelaki sambung beri keterangan 13 Jan
Anak lelaki SM Faisal dan Emilia Hanafi akan menyambung keterangannya pada 13 Jan ini.

SM Faisal, Caprice bincang selesai kes saman - Peguam
Pihak-pihak dalam kes saman Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal terhadap penyanyi rap Caprice sedang berusaha menyelesaikan kes itu secara baik sebelum perbicaraan bermula pada 4 Okt 2023.

Waran tangkap dikeluarkan terhadap Emilia
Emilia Hanafi dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur kerana gagal hadir dalam prosiding lawatan tiga anaknya.

Adik perempuan dakwa Emilia telah dipukul sejak 2011
Mahkamah Majistret diberitahu bahawa ahli perniagaan Datuk SM Faisal SM Nasimuddin telah memukul bekas isterinya, Emilia Hanafi, sejak 2011.

SM Faisal kekasih Emilia yang serius: Adik Emilia
SM Faisal telah bertemu dengan Emilia semasa bermain kasut roda ketika remaja.

Bicara kes SM Faisal cederakan bekas isteri ditangguh 31 Okt
Perbicaraan kes ahli perniagaan terkenal Datuk SM Faisal SM Nasimuddin yang didakwa menyebabkan kecederaan terhadap bekas isterinya, Emilia Hanafi yang dijadualkan hari ini di Mahkamah Majistret.

SM Faisal saman Caprice atas dakwaan memfitnah berhubung kes Emilia
SM Faisal SM Nasimuddin memfailkan saman terhadap penyanyi rap Caprice, atas dakwaan memuat naik hantaran berbaur fitnah di Instagram miliknya.

Kebenaran cabar prosiding komital Mahkamah Tinggi Syariah: AGC kemuka rayuan
AGC memfailkan notis itu di Mahkamah Rayuan pada 9 Sept lepas kerana tidak berpuas hati dengan keseluruhan keputusan Mahkamah Tinggi.

Emilia dilihat takut, menangis, mengadu SM Faisal memukulnya - Saksi
Seorang anggota polis memberitahu Mahkamah Majistret bekas isteri Datuk SM Faisal dilihat berada dalam keadaan ketakutan, menangis dan mengadu dipukul ahli perniagaan itu.