awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Adik Zayn Rayyan selamat dikebumikan

Astro Awani
Astro Awani
07/12/2023
11:09 MYT
Adik Zayn Rayyan selamat dikebumikan
Kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara pada jam 7 malam, Khamis. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara pada jam 7 malam, Khamis.
Jenazah Zayn Rayyan dituntut oleh keluarga di Hospital Sungai Buloh, Selangor pada jam 5.55 petang, Khamis.
Sebelum itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kepada Astro AWANI, Zayn Rayyan yang dilaporkan hilang sebelum ini ditemukan meninggal dunia, telah mati dibunuh.
Menurutnya, hasil siasatan dan bedah siasat mendapati terdapat kesan cedera di leher dan badan Zayn Rayyan.
"Kita klasifikasikan kes bunuh. Kita turut percaya wujud unsur jenayah," katanya ketika dihubungi pada Khamis.
[TERKINI] Zayn Rayyan mati dibunuh - KP Selangor
Tambahnya, kes bunuh itu diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Rabu malam, Zayn Rayyan yang dilaporkan hilang ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di sebatang sungai, berhampiran lokasi hilang di Apartment Idaman, Damansara Damai.
Zayn Rayyan
Imej menunjukkan lokasi kejadian dipercayai arwah adik Zayn Rayyan ditemui pada malam Rabu. - Sumber foto PDRM
Zayn Rayyan dilaporkan hilang ketika bermain di taman permainan di Apartmen Idaman, Damansara Damai, pada Selasa.
Polis klasifikasikan kematian Zayn Rayyan sebagai mati mengejut hingga bedah siasat selesai
Ibunya, Ismanira Abdul Manaf, 28, dilaporkan berkata, ada kanak-kanak lain di kawasan itu mendakwa ternampak anaknya masuk ke kawasan belukar yang terletak kira-kira 100 meter dari blok kediamannya.
Terdahulu, polis tidak menolak kemungkinan faktor hujan lebat dan air naik di kawasan anak sungai dan longkang berhampiran tempat kejadian menyebabkan mangsa dipercayai tidak dapat ditemui sebelum ini.
Adik Zayn Rayyan selamat dikebumikan
Topic Berkaitan
#Zayn Rayyan Abdul Matiin
#Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9
#Hospital Sungai Buloh
#kanak-kanak autisme
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan