awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis sahkan Zayn Rayyan mati dibunuh

Assim Hassan
Assim Hassan
07/12/2023
09:25 MYT
Polis sahkan Zayn Rayyan mati dibunuh
Siasatan berkaitan kes kini dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Gambar fail
PETALING JAYA: Kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang dilaporkan hilang sebelum ditemukan meninggal dunia pada malam Rabu disahkan mati dibunuh.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan kepada Astro AWANI.
Menurutnya, hasil siasatan dan bedah siasat mendapati terdapat kesan cedera di leher dan badan Zayn Rayyan.
"Kita klasifikasikan kes bunuh. Kita percaya wujud unsur jenayah," katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia
Susulan itu, Hussein berkata pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Hussein menambah, setakat ini belum ada mana-mana individu dipanggil bagi membantu siasatan.
BACA: Polis mohon bantuan kesan kanak-kanak lelaki autisme hilang di Petaling Jaya
BACA: Kanak-kanak autisme hilang, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia
BACA: 'Tergerak hati cari Zayn Rayyan di hujung anak sungai' - Saksi
Rabu malam, Zayn Rayyan yang dilaporkan hilang ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di sebatang sungai, berhampiran lokasi hilang di Apartment Idaman, Damansara Damai.
Zayn Rayyan dilaporkan hilang ketika bermain di taman permainan di Apartmen Idaman, Damansara Damai di sini, pada Selasa.
Ibunya, Ismanira Abdul Manaf dilaporkan berkata, ada kanak-kanak lain di kawasan itu mendakwa ternampak anaknya masuk ke kawasan belukar yang terletak kira-kira 100 meter dari blok kediamannya.
Terdahulu, polis tidak menolak kemungkinan faktor hujan lebat dan air naik di kawasan anak sungai dan longkang berhampiran tempat kejadian menyebabkan mangsa dipercayai tidak dapat ditemui sebelum ini.
BACA: Tiga kali pencarian di lokasi sama, Zayn Rayyan akhirnya ditemui
BACA: Keluarga Zayn Rayyan masih tunggu laporan bedah siasat
BACA: Kematian Zayn Rayyan diklasifikasi sebagai mati mengejut - Polis
BACA: Polis akan ambil keterangan ibu bapa, jiran Zayn Rayyan
Sebelum kejadian, Ismanira yang bekerja sebagai kerani mengambil anaknya di Sekolah Kebangsaan Damansara Damai 2 (SKDD2) dan pulang ke rumah kira-kira jam 12.30 tengah hari.
Kanak-kanak itu kemudian disedari hilang ibunya ketika menaiki tangga untuk pulang ke rumah mereka di tingkat tiga apartmen berkenaan.
Adik Zayn Rayyan selamat dikebumikan
*Untuk berita terkini, ikuti kami di WhatsApp Astro AWANI
Topic Berkaitan
#Zayn Rayyan
#kanak-kanak hilang
#punca kematian
#bunuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan