awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pakar cadang wujudkan Akta TVET bagi tingkat pelaksanaan NIMP 2030
Polis tahan tiga lelaki miliki pelbagai spesies kura-kura
Belia terperangkap dalam ‘survival mode’, kurang impak kepada ekonomi digital – Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ADUN Jeram buat hal lagi!

Astro Awani
Astro Awani
16/01/2019
04:48 MYT
ADUN Jeram buat hal lagi!
Mohd Shaid (tengah) bergambar bersama murid SK Puncak Alam 3, 16 Jan, 2019. - Sinar Harian
Walaupun dikritik teruk gara-gara agihan beg sekolah yang terpampang wajah beliau sebelum ini, namun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Mohd Shaid Rosli tidak serik dikritik apabila hari ini meneruskan sumbangan baju pula.
Lebih menarik, sumbangan 10,000 baju kemeja dan kurung itu mula diagihkan hari ini secara berperingkat kepada 10 sekolah rendah di dalam DUN Jeram.
Kata Mohd Shaid, pemberian beg dan baju sekolah ini mungkin yang pertama sekali dianjurkan di negeri ini membabitkan semua murid sekolah rendah di dalam DUN.
"Memang tak dinafikan, sebelum ini, agihan beg yang ada gambar muka saya tular sampai satu negara tahu. Tapi baguslah, mereka dah kenal DUN Jeram.
"Mungkin orang lain 'panas' tapi bagi saya, agihan yang tak pilih-pilih kaum ini ada baiknya dan ibu bapa kebanyakannya berterima kash atas sumbangan ini.
"Bila nampak mereka pakai beg seragam, saya pun seronok. Lagipun ada anak penduduk yang tak mampu nak beli beg baharu seronok dapat sumbangan ini," katanya seperti dilapor Sinar Harian, pada Rabu.
Beliau berkata demikian pada Program Sumbangan Baju Sekolah ADUN Jeram melibatkan 1,600 murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Puncak Alam 3, pagi ini.
Baju sekolah dengan jenama Mohd Shaid Rosli yang diedar kepada kanak-kanak di SK Puncak Alam 3 hari ini. Astro AWANI
Baju sekolah dengan jenama Mohd Shaid Rosli yang diedar kepada kanak-kanak di SK Puncak Alam 3 hari ini. Astro AWANI
Bendahari Bersatu Selangor itu menjelaskan, pihaknya mahu membawa satu perubahan kepada DUN Jeram khususnya sektor pendidikan anak penduduk.
"Sumbangan ini adalah langkah pertama dan nanti saya akan buat satu mesyuarat membabitkan sekolah dalam DUN Jeram.
"Mesyuarat ini nanti akan membincangkan lebih mendalam mengenai keperluan sekolah yang wajar dibangkitkan dan penjelasan umum mengenai bajet ADUN," katanya.
Topic Berkaitan
#ADUN
#ADUN Jeram
#anak
#baju kurung
#baju sekolah
#beg sekolah
#Bersatu
#kemeja
#label nama
#Mohd Shaid Rosli
#murid sekolah
#pakaian sekolah
#pendidikan
#sekolah
#SK Puncak Alam 3
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan